Cara Semak dan Bayar Saman DBKL 2022 Online



Cara Semak dan Bayar Saman DBKL 2022 Online|ADAKAH anda pernah membuat bayaran saman DBKL? Bagaimana cara untuk membuat semakan dan bayaran saman atau kompaun DBKL? Untuk makluman anda, kini anda boleh membuat semakan dan bayaran saman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) secara online melalui Portal Rasmi MYEG. Jika anda mempunyai saman yang tertunggak anda juga boleh membuat semakan secara online.

Cara Semak dan Bayar Saman DBKL Online

Sedia maklum, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah badan tempatan atau pihak berkuasa yang bertanggungjawab menjaga pentadbiran dan pengurusan Kuala Lumpur.

Cara Semak dan Bayar Saman DBKL 2022 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan cara semak dan bayar saman DBKL secara online:

A. Cara Semak Saman DBKL

1. Pertama kali, anda perlu layari Portal
    Rasmi MYEG melalui pautan seperti
    berikut:
KLIK 👉 https://www.myeg.com.my/

2. Sebelum anda login akaun MYEG
    tersebut, anda perlu daftar akaun
    terlebih dahulu supaya dapat mengakses
    secara online. KLIK👉 DAFTAR AKAUN 
    MYEG

3. Setelah anda berjaya login, pilih logo
    Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Cara Semak dan Bayar Saman DBKL Online

4. Pilih 'Semak / Bayar Kesalahan / 
    Kompaun'.

5. Kemudian, masukkan No. Kad 
    Pengenalan dan No. Pendaftaran 
    Kenderaan. Klik pada butang 'SEMAK'.

6. Maklumat saman anda akan dipaparkan
    di screen.

Info:
Selain membuat semakan saman DBKL di Portal MYEG, anda juga boleh membuat semakan saman atau kompaun DBKL melalui di SEMAKAN KOMPAUN DBKL.

B. Cara Bayar Saman DBKL

1. Untuk membuat bayaran saman DBKL,
    pilih senarai saman yang hendak dibayar
    dan klik pada butang 'Submit'

2. Kemudian, klik pada butang 'Pay/bayar'.

3. Pilih kaedah bayaran samada 'Credit 
    Card' atau 'Online Banking'.

Jenis Kompaun Trafik

◾Kesalahan Lalulintas di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah Lalulintas Jalan 1959
◾Kesalahan letak kereta di bawah Perintah Lalulintas Jalan (Letak kereta Bermeter) (Wilayah Persekutuan) 1984 dan Perintah Lalulintas Jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta) (Ibu Kota) 1984

Kadar Kompaun Trafik

◾Kesalahan lalulintas dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah Lalulintas Jalan 1959. Kadar ditetapkan mengikut kadar seragam antara Jabatan Pengangkutan Jalan, Polis Di Raja Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

◾Kesalahan letak kereta dibawah Perintah letak kereta Perintah Lalulintas Jalan (Letak kereta Bermeter) (Wilayah Persekutuan) 1984 dan Perintah Lalulintas Jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta) (Ibu Kota) 1984 adalah mengikut kadar ditetapkan
◾Orang kena notis boleh terus berurusan di mana-mana kaunter bayaran DBKLM Muat Turun Kadar Kompaun Trafik DISINI.

Semoga perkongsian Cara Semak dan Bayar Saman DBKL ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.