Cara Semak Penyata Caruman KWSP Online

Cara Semak Penyata Caruman KWSP Online|ADAKAH anda mempunyai akaun simpanan KWSP sendiri? Bagaimana cara membuat semakan penyata caruman KWSP? Perhatian buat anda yang mempunyai akaun simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Kini, anda tidak perlu lagi pergi beratur dan menunggu giliran bagi membuat semakan caruman KWSP. Untuk makluman anda, kini anda boleh mengakses i-Akaun bagi membuat semakan caruman KWSP secara online.

Cara Semak Penyata Caruman KWSP Online

Sebelum anda mengakses secara online, anda perlu membuat pendaftaran i-Akaun KWSP terlebih dahulu. Anda boleh membuat pendaftaran dimana-mana kaunter KWSP atau kiosk KWSP bagi mendapatkan PIN pengaktifan akaun KWSP.

Cara Semak Penyata Caruman KWSP Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara mengaktifkan i-Akaun KWSP secara online:

1. Anda perlu membuat pendaftaran i-
    Akaun KWSP, anda perlu hadir ke mana-
    mana kaunter KWSP, kiosk KWSP atau
    juga menghubungi Pusat Pengurusan
    Perhubungan KWSP di talian 03 - 8922
    6000 bagi mendapatkan kod pengaktifan.

2. Pengaktifan perlu dibuat melalui Laman
    Web Rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my
    dalam tempoh 30 hari.

3. Selepas anda mendapatkan No. PIN, anda
    perlu layari laman web di Portal KWS.
    Kemudian, klik pada logo 'Ahli'.

Cara Semak Penyata Caruman KWSP Online

4. Isikan ID Pengguna sementara yang
    diterima melalui SMS dan klik
    seterusnya.

5. Kemudian, isikan Kata Laluan
    sementara yang diterima melalui SMS
    dan klik Login.

6. Selepas pengaktifan akaun berjaya
    dibuat, anda boleh menukar ID Pengguna
    yang baru.

7. Cipta Kata Laluan dan sahkan.

8. Selepas itu, pilih Imej Online.

9. Isikan Frasa Rahsia dan klik pada butang
    'Seterusnya'.

Kelayakan Untuk Mendaftar i-Akaun

A. Ahli

- Ahli KWSP yang mempunyai No. ID Ahli
  dan nombor KWSP yang sah

B. Majikan

- Majikan yang mempunyai nombor KWSP
  yang sah

Kelebihan Sistem i-Akaun KWSP 

Antara kelebihan sistem i-Akaun KWSP adalah seperti berikut:

A. Ahli

◾Menyemak status penyata KWSP tahun
     terkini dan sebelumnya
◾Memohon e-Pengeluaran
◾Menyemak transaksi caruman KWSP
     terkini
◾Menyemak log aktiviti i-Akaun
◾Mengemaskini profil termasuk alamat
     surat menyurat

B. Majikan

◾Menyemak nombor KWSP pekerja
◾Mendaftar ahli baru KWSP
◾Menggunakan perkhidmatan e-Caruman
◾Menggunakan perkhidmatan e-CTML
◾Menyemak log aktiviti i-Akaun
◾Menyemak transaksi caruman KWSP
     terkini

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03 - 8922 6000 atau mana-mana Pejabat KWSP.

Selamat membuat semakan penyata caruman KWSP secara online! 

No comments

Powered by Blogger.