Contoh Surat Rasmi Berhenti Kerja Yang Mudah (2023)



Contoh Surat Rasmi Berhenti Kerja Yang Mudah (2023)|ADAKAH anda ingin berhenti kerja (resign)? Bagaimana cara membuat surat rasmi berhenti kerja yang mudah? Perhatian buat pekerja yang ingin bercadang atau berhasrat untuk berhenti kerja. Untuk makluman anda, surat notis berhenti kerja (resignation letter) kebiasaannya ditulis samada dalam tempoh 24 jam, ataupun sebulan dan 2 bulan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan. Berikut dikongsikan Contoh Surat Rasmi Berhenti Kerja 2023 buat rujukan anda.

Contoh Surat Rasmi Berhenti Kerja Yang Mudah

Contoh Surat Rasmi Berhenti Kerja Yang Mudah (2023)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan contoh surat rasmi berhenti kerja yang mudah dan ringkas:

Contoh Surat Berhenti Kerja (BM dan English)

CONTOH SURAT 1 (Bahasa Melayu)

KASSIM BIN BABA
NO. 1234 LORONG SENTOSA,
TAMAN SENTOSA,
09000 KULIM,
KEDAH DARUL AMAN

FXR AUTO SERVICE
NO. 3100 JALAN SEMARAK,
TAMAN SEMARAK,
09000 KULIM,
KEDAH DARUL AMAN

10 Disember 2017

Tuan/Puan/Encik/Cik,

PER: NOTIS BERHENTI KERJA

Merujuk kepada perkara di atas, saya Kassim bin Baba ingin memaklumkan kepada Tuan bahawa saya akan  meletakkan jawatan atas sebab tertentu dengan notis satu bulan bermula dari tarikh 10 Disember 2017 hingga 10 Januari 2018.

2. Sehubungan itu, tujuan saya menghantar notis perletakan jawatan ini ialah disebabkan saya ingin melanjutkan pengajian di sebuah universiti tempatan.

3. Diharapkan pihak Tuan dapat mempertimbangkan notis saya ini dan saya amat menghargai atas sumbangan dan kerjasama dari pihak pengurusan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada pihak syarikat kerana telah memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya sepanjang melaksanakan tugas disini.

Sekian, terima kasih

Yang Benar,
...................................
(KASSIM BIN BABA)
NO. KP: 960786075586

CONTOH SURAT 2 (In English)

TO: Mr.
DATE: (_ _ /_ _ /_ _ _ _)
SUBJECT: Resignation

Dear Mr. ........, this is to formally notify you that I am resigning from ............ (Company Name) as ......... (Title).

My last day of work will be .......... (Date), which should allow me plenty of time to turn over the position to my replacement. Please feel free to contact me at any time if you have any questions regarding my past work.

My experience and learning with ............ (Company Name) has been very rewarding. I have very appreciated having had the opportunity to work as good as this company. I wish you and the organization continued to success and progressive.

Sincerely,

........................... (Your Signature)
(Your Name)

Semoga perkongsian Contoh Surat Rasmi Berhenti Kerja tahun 2023 ini memberi manfaat buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.