Contoh Surat Rayuan Permohonan KV dan SMT 2018

Contoh Surat Rayuan Permohonan KV dan SMT 2018|ADAKAH anda telah gagal dalam permohonan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik tahun 2018? Bagaimana cara membuat rayuan permohonan kemasukan ke KV dan SMT? Pemohon yang gagal boleh membuat rayuan permohonan mengikut tarikh yang ditetapkan dan berdasarkan Aliran Perdana dan Aliran PAV.

Contoh Surat Rayuan Permohonan KV dan SMT 2018

Untuk makluman anda, semakan keputusan KV dan SMT tahun 2018 boleh dibuat mulai 15 hingga 22 Januari 2018. Pemohon yang berjaya dalam rayuan akan dihubungi oleh institusi KV dan SMT dimana tempat pelajar memohon.

Contoh Surat Rayuan Permohonan KV dan SMT 2018

Berikut adalah contoh surat permohonan rayuan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik bagi yang gagal dalam permohonan:

Permohonan Rayuan KV dan SMT

1. Permohonan rayuan kemasukan ke KV
    dan SMT 2018 boleh dibuat mulai 24
    hingga 28 Januari 2018.
2. Dokumen yang lengkap hendaklah
    dikepilkan bersama surat rayuan ke
    mana-mana KV / SMT seperti berikut :
◾Borang walk-in / rayuan
◾Salinan Kad Pengenalan Murid (yang
     telah disahkan)
◾Salinan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
    (PBS) Tahun 2017 yang merangkumi
    Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran
    Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
    (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
    serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)

Contoh Surat Permohonan Rayuan KV dan SMT

Nama Pemohon/Pelajar

Alamat Surat Menyurat



Pengetua Kolej Vokasional/Sekolah Menengah Teknik (sila nyatakan nama KV dan SMT)

Alamat lengkap KV dan SMT yang dipohon

Tarikh

Tuan/Puan,

Per: Permohonan Rayuan Kemasukan ke Kolej Vokasional _______/ dan Sekolah Menengah Teknik _______ Sesi Kemasukan 2018 Tingkatan 4

Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin membuat permohonan rayuan kepada pihak Tuan/Puan dalam mempertimbangkan semula permohonan kemasukan saya ke Kolej Vokasional ______/ Sekolah Menengah Teknik _______ Tingkatan 4 ambilan 2018.

2. Dalam keputusan peperiksaan PT3  tahun 2017 yang lepas, saya telah mendapat keputusan peperiksaan _______ (nyata keputusan pemohon dapat)

3. Butir-butir permohonan rayuan saya adalah seperti berikut:
Nama pemohon: Nama Pelajar
Sekolah: Nama sekolah dulu
No. Kad Pengenalan: __________
Angka Giliran: ___________

4. Bersama-sama surat ini, saya sertakan dokumen yang diperlukan iaitu Borang Walk-in, Salinan Kad Pengenalan dan Salinan Keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) untuk rujukan pihak tuan/puan.

5. Besar harapan saya sekiranya pihak Tuan/Puan dapat mempertimbangkan permohonan rayuan saya ini seterusnya memberi peluang kedua kepada saya memasuki kolej/sekolah tuan/puan. Segala pertimbangan daripada pihak tuan/puan saya dahului ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih

____________________ (Tandatangan)
(NAMA PENUH PELAJAR)

Selamat membuat permohonan rayuan KV dan SMT 2018! Semoga anda berjaya!

No comments

Powered by Blogger.