Jadual Waktu Peperiksaan STAM 2018 Sijil Tinggi Agama Malaysia

Jadual Waktu Peperiksaan STAM 2018 Sijil Tinggi Agama Malaysia|BILAKAH tarikh peperiksaan STAM 2018? Perhatian buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2018. Untuk makluman anda, peperiksaan bertulis STAM 2018 akan berlangsung pada 16 hingga 23 Oktober 2018. Calon diingatkan untuk membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan peperiksaan berjalan dengan lancar.

Jadual Waktu Peperiksaan STAM 2018 Sijil Tinggi Agama Malaysia

Untuk jadual peperiksaan awam yang lain seperti UPSR, PT3SPMSTPM, PAV dan SPM (U) Ulangan, sila rujuk di Tarikh Peperiksaan Awam 2018.

Jadual Waktu Peperiksaan STAM 2018 Sijil Tinggi Agama Malaysia

Berikut adalah jadual waktu peperiksaan bertulis STAM 2018 yang memaparkan tarikh, masa, kod kertas, nama kertas dan masa peperiksaan dijalankan:

◾Tarikh Peperiksaan STAM: 16 - 23
     Oktober 2018
◾Kerja Kursus: 1 Mac hingga 30 Jun 2018
◾Ujian Lisan STAM: 16 - 27 Julai 2018

Jadual Waktu Peperiksaan STAM 2018

*Akan dikemaskini setelah pengumuman rasmi dibuat dari Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)

Tahun 2017

◾ Tarikh peperiksaan STAM 2017:
      23 - 25 Oktober, 30 - 31 Oktober dan 1
      November 2017

Arahan dan Peringatan Calon (Arahan Am)

1.1 Calon wajib menduduki semua Kertas
      Peperiksaan bagi mata pelajaran yang
      didaftar.

1.2 Calon yang tidak menduduki mana-
      mana Kertas Peperiksaan bertulis
      dikehendaki mengemukakan alasan
      yang kukuh beserta dokumen sokongan
      seperti surat perakuan doktor. Dokumen
      ini diserahkan kepada Ketua Pengawas
      Peperiksaan sebelum tamat tempoh
      peperiksaan bertulis STAM 2018.

1.3 Calon hendaklah menyemak butiran
      pada Kenyataan Kemasukan
      Peperiksaan sebelum menduduki
      peperiksaan.

1.4 Calon hendaklah membaca Garis
      Panduan dan Arahan Peperiksaan
      dalam Jadual Waktu Peperiksaan STAM
      2018 dan menandatangani Borang
      Perakuan Calon.

Nota Penting:

Untuk kertas S102/11 Fiqh Kertas 1 dan S102/12 Fiqh Kertas 2, calon-calon dibenarkan untuk menggunakan kalkulator saintifik yang tidak diprogram.

Download Jadual Waktu Peperiksaan STAM 2018

Untuk maklumat lanjut berkaitan arahan dan peringatan kepada calon peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia boleh memuat turun/ download Jadual Peperiksaan STAM 2018 dalam bentuk PDF, sila klik Jadual Waktu STAM 2018.*

Diucapkan selamat maju jaya kepada calon yang bakal menduduki peperiksaan bertulis STAM tahun 2018!

No comments

Powered by Blogger.