Kadar Dividen KWSP EPF 2017/2018

Kadar Dividen KWSP EPF 2017/2018|BERAPAKAH kadar dividen KWSP tahun 2017? Pastinya pencarum KWSP amat berharap kadar dividen yang tinggi tahun 2017 seperti kadar dividen ASB dan Tabung Haji (TH). Untuk makluman anda, Lembaga KWSP akan mengumumkan kadar dividen EPF tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2017 dijangka pada sekitar hujung bulan Februari atau awal bulan Mac 2018.

Kadar Dividen KWSP EPF 2017/2018

Pada tahun lepas, kadar dividen yang diumumkan adalah sebanyak 5.7 %. Pembayaran akan dibuat dengan dimasukkan terus ke akaun ahli KWSP. Jumlah dividen boleh disemak melalui penyata KWSP online i-Akaun KWSP.

Kadar Dividen KWSP EPF 2017/2018

Berikut dikongsikan maklumat penting meliputi tarikh dan jumlah kadar dividen KWSP 2017:

◾ Tarikh Semakan: 10 Februari 2018
◾ Jumlah Kadar Dividen 2017:
6.9 %: Simpanan Konvensional
6.4 %: Simpanan Shariah

2016: 18 Februari 2017/ Kadar Dividen 5.7%
2015: 20 Februari 2016/ Kadar Dividen 6.4%

Semakan Jumlah Kadar Dividen KWSP

Ahli KWSP boleh membuat semakan mPenyata Akaun Jumlah Dividen KWSP secara online melalui i-Akaun di Laman Web www.kwsp.gov.my.

Cara Kira Kadar Dividen KWSP

Dividen tahunan KWSP dikira berdasarkan baki pembukaan simpanan ahli setakat 1 haribulan Januari setiap tahun.

Semoga perkongsian Kadar Dividen KWSP 2017 ini bermanfaat untuk semua ahli KWSP!

No comments

Powered by Blogger.