Kemaskini BR1M 2018 Secara Online dan Manual

Kemaskini BR1M 2018 Secara Online dan Manual|ADAKAH anda telah membuat permohonan baru dan kemaskini BR1M 2018? Bagi yang telah memohon BR1M tahun sebelumnya, anda perlu pastikan membuat kemaskini maklumat peribadi penerima supaya tidak tercicir menerima BR1M 2018. Untuk makluman anda, permohonan BR1M 2018 telah dibuka dari 27 November 2017 hingga 31 Disember 2017. TERKINI: Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa permohonan BR1M dilanjutkan sehingga 25 Januari 2018 (khamis).

Artikel berkaitan:
👉 Semakan Status Permohonan BR1M 2018 Online

Kemaskini BR1M 2018 Secara Online dan Manual

Bagi yang ingin mengetahui tarikh pembayaran BR1M 2018, sila rujuk DISINI.

Kemaskini BR1M 2018 Secara Online dan Manual

Berikut dikongsikan cara kemaskini BR1M 2018 secara online dan manual:

Tarikh Rasmi Kemaskini BR1M 2018

◾ Tarikh Dibuka: 27 November 2017
◾ Tarikh Ditutup: 31 Disember 2017

Cara Kemaskini BR1M 2018 Online dan Manual (Guna Borang)

Berikut dikongsikan DUA kaedah kemaskini maklumat BR1M 2018:

A. Secara Online

◾Pemohon perlu layari portal rasmi e-
     BR1M seperti berikut:
KLIK: 👉 https://ebr1m.hasil.gov.my/
◾Klik menu Kemaskini Permohonan
◾Masukkan No. MyKad dan klik
     kemaskini Permohonan
◾Ikuti arahan seterusnya dan lengkapkan
     maklumat anda.
◾Penerima perlu mencetak salinan
     pengemaskini untuk rujukan masa
     depan.

B. Secara Manual (Guna Borang)

Borang kemaskini hendaklah diisi secara bertulis dimana borang boleh didapati di:

◾Pergi ke Portal Rasmi BR1M,
     https://ebr1m.hasil.gov.my/ (muat turun
     di menu Borang) ATAU:-
◾Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat
     LHDN
◾Pejabat Daerah dan Pejabat LHDN,
     Jabatan Pembangunan Persekutuan,
     Jabatan Kebajikan Masyarakat dan
     Jabatan Penerangan.

Maklumat Penting Yang Perlu Dikemaskini

◾Status Perkahwinan (kahwin, cerai atau
     kematian pasangan)
◾Alamat surat menyurat terkini dan emel
◾No. Telefon
◾Maklumat akaun bank
◾Maklumat pasangan dan tanggungan
◾Maklumat waris

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan BR1M 2018:

◾Warganegara Malaysia yang menetap di        Malaysia sahaja
◾Lelaki atau perempuan yang menjadi
     ketua kepada isi rumah / ahli yang
     tinggal serumah dengan jumlah
     pendapatan kasar bulanan isi rumah
     RM4,000 dan ke bawah
◾Warga emas sebatang kara (berumur 60
     tahun dan ke atas) dengan jumlah
     pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan
     ke bawah
◾Bujang yang berumur 21 tahun dan ke
     atas dengan jumlah pendapatan kasar
     bulanan RM2,000 dan ke bawah
◾Tidak termasuk pelajar yang diberi Kad
     Debit Pelajar

Senarai Bank Yang Terlibat

Berikut adalah senarai bank untuk pembayaran BR1M 2018:

1. AFFIN BANK
2. AGRO BANK
3. ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
4. AM BANK BERHAD
5. AL RAJHI BANK
6. BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
7. BANK RAKYAT
8. MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
9. BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
10. CIMB BANK BERHAD
11. CITIBANK BERHAD
12. HONG LEONG BANK
13. HONGKONG SHANGHAI BANK
      MALAYSIA BHD
14. MAYBANK
15. OCBC BANK
16. PUBLIC BANK BERHAD
17. RHB BANK BERHAD
18. STANDARD CHARTERED BANK
      MALAYSIA BHD
19. UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA)
      BERHAD

Cara Hubungi

Sebarang masalah / pertanyaan, sila hubungi LHDNM di talian bebas 1-800-88-2716 atau Kementerian Kewangan di talian hotline 03-8882 4565 / 4566 atau email ke br1m@treasury.gov.my.

Selamat membuat pengemaskini BR1M 2018 anda! Semoga anda berjaya menerima BR1M tahun 2018!

No comments

Powered by Blogger.