Panduan Penggunaan Live Streaming Football Malaysia di Aplikasi iFlix



Panduan Penggunaan Live Streaming Football Malaysia di Aplikasi iFlix|APA itu aplikasi iFlix? Bagaimana cara untuk menggunakan aplikasi iFlix? iFlix merupakan perkhidmatan hiburan terkemuka di dunia yang menawarkan tontonan berkualiti tinggi di semua peranti dan ribuan siri TV dan filem paling popular. Baru-baru ini, satu kerjasama antara pihak iFlix dan Football Malaysia LLP (FMLLP) telah ditemeterai yang bertujuan untuk membawa bolasepak Malaysia kembali kepada jutaan peminat di seluruh Negara.

Panduan Penggunaan Live Streaming Football Malaysia di Aplikasi iFlix

Untuk makluman anda, terdapat 132 perlawanan Liga Super, Piala Malaysia dan beberapa perlawanan pilihan  dari Piala FA dan Liga Premier yang akan ditayangkan melalui saluran 'Football Malaysia on iFlix'. Saluran Football Malaysia on iFlix telah menyertai penstriman sukan secara langsung yang ditawarkan seperti Liga 1 Indonesia, Kriket T10 di Bangladesh dan pertandingan eSport untuk Dota2.

Panduan Penggunaan Live Streaming Football Malaysia di Aplikasi iFlix

Berikut dikongsikan panduan atau tutorial penggunaan live streaming Football Malaysia di aplikasi iFlix:

1. Pertama kali, bagi yang menggunakan
    smartphone, anda perlu muat turun/
    download melalui aplikasi iFlix di App
    Store @ Google Play. Bagi yang
    menggunakan laptop atau komputer,
    anda perlu layari Laman Web di
    www.iflix.com.

2. Kemudian, anda perlu sign up account.
    Boleh pilih sign up menggunakan
    Facebook account @ Google email.
    Pastikan anda perlu ingat 'Username'
    dan 'Password' yang telah didaftarkan.

Panduan Penggunaan Live Streaming Football Malaysia di Aplikasi iFlix

Info:
IFlix akan bagi 1 bulan free trial. Selepas tamat trial tersebut, anda akan dapat email untuk renew subscription.

3. Bagi pengguna Unifi, Maxis HomeOne
    Home & Digi ada promosi free
    subscription. Yang lain-lain boleh bayar
    guna credit/debit card, online banking
    dan pembelian topup di 7Eleven.

4. Selepas login, anda perlu check di
    bahagian account > subscription.

5. Selepas masuk di aplikasi iFlix, anda
    boleh set di “My Preferences”.
    Kemudian, cari di bahagian “Football 
    Malaysia”.

6. Di bahagian Channel Football Malaysia
    (masih update) akan keluar game yang
    live pada tiap game dilangsungkan.

7. Selepas itu, tekan pada butang play.

8. Bagi yang ingin tonton live di TV, anda
    perlu cucuk Chromecast pada HDMI TV.

9. Tekan icon empat segi ‘Connect to 
    Device’. Kemudian, pilih chromecast.

10. Siap untuk ditonton di TV anda.

Kelebihan Perkhidmatan iFlix

Antara kelebihan perkhidmatan iFlix adalah:

◾Ribuan siri TV & filem paling popular
◾Tontonan berkualiti tinggi di semua
     peranti
◾Muat turun dan tonton diluar jaringan
◾Tiada iklan, tiada kontrak

Panduan Penggunaan Live Streaming Football Malaysia di Aplikasi iFlix

Semoga perkongsian Panduan Penggunaan Live Streaming Football Malaysia di iFlix ini memberi manfaat untuk semua!

No comments

Powered by Blogger.