Permohonan Bayaran Balik PTPTN Melalui Direct Debit Online

Permohonan Bayaran Balik PTPTN Melalui Direct Debit Online|ADAKAH anda peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)? Bagaimana cara membuat bayaran balik PTPTN? Untuk makluman anda, mulai 14 April 2017, PTPTN telah memperkenalkan satu kaedah baharu membayar balik PTPTN secara online yang dikenali sebagai 'Direct Debit Online'. Dengan wujudnya kemudahan ini, peminjam PTPTN tidak lagi perlu ke Pejabat PTPTN untuk mengisi borang.

Permohonan Bayaran Balik PTPTN Melalui Direct Debit Online

Malahan, sistem Direct Debit Online bukan sahaja memudahkan kepada peminjam malah juga pendeposit SSPN-i. Perkhidmatan ini adalah penambahbaikan bayaran balik PTPTN dan Deposit Simpanan SSPN-i yang sebelum ini menggunakan borang.

Permohonan Bayaran Balik PTPTN Melalui Direct Debit Online 

Berikut dikongsikan maklumat penting meliputi cara memohon dan syarat kelayakan permohonan Direct Debit Online:

1. Sebelum itu, anda perlu daftar Direct
    Debit Online di DIRECT DEBIT.

2. Klik pada icon Permohonan Direct 
    Debit.

A) Permohonan Direct Debit Pinjaman
◾Klik mohon Direct Debit Pinjaman
◾Masukkan No. Kad Pengenalan. ◾Kemudian, klik link Penyata Pinjaman.

B) Permohonan Direct Debit SSPN-i
◾Klik mohon Direct Debit Deposit SSPN-i
◾Masukkan No. Pengenalan Pendeposit
◾Klik semakan penyata SSPN-i
◾Masukkan kata laluan
◾Setelah login penyata simpanan, klik
    Pendaftaran Direct Debit

Untuk membuka akaun SSPN-i anda boleh ke pautan berikut: Buka Akaun SSPN-i

Syarat Permohonan Direct Debit PTPTN

Antara syarat permohonan direct debit online PTPTN seperti berikut:

◾Permohonan Direct Debit bagi bayaran
     balik pinjaman atau deposit simpanan
     adalah untuk Akaun Pinjaman yang
     berbaki hutang/ Akaun Simpanan yang
     masih aktif.

◾Amaun permohonan bagi bayaran balik
     mestilah sama atau melebihi ansurans
     bulanan yang ditetapkan. Bagi deposit
     simpanan amaun minimum yang
     dibenarkan adalah RM20.

◾Akaun bank yang dipilih untuk
     perlaksanaan direct debit mestilah
     berstatus aktif.

Cara Melakukan Transaksi Melalui Direct Debit Online

◾Mempunyai Akaun Semasa / Simpanan
    daripada bank-bank yang dinyatakan di
    atas dan berdaftar perkhidmatan
    perbankan elektronik.

◾Mempunyai akaun Pinjaman (Bayaran
     Balik Pinjaman) / Simpanan (Deposit
     SSPN-i di PTPTN.

◾Untuk bayaran balik pinjaman, anda
     perlu mengetahui jenis akaun pinjaman
     anda sama ada akaun Ujrah atau akaun
     pinjaman konvensional.

◾Klik mohon Direct Debit Pinjaman untuk
     semua jenis akaun pinjaman dan buat
     bayaran balik.

◾Klik mohon Direct Debit SSPN-i untuk
    semak baki simpanan dan penambahan.      deposit.

◾Transaksi yang berjaya akan
    dikemaskini penyata pinjaman atau
    simpanan dalam masa 3 hari bekerja.

Senarai Bank Penyedia Pendaftaran Direct Debit PTPTN

Berikut adalah bank yang menyediakan kemudahan untuk mendaftar Direct Debit PTPTN:

◾Bank Islam
◾CIMB Bank
◾CIMB Bank Islamic
◾Maybank
◾Maybank Islamic Bank
◾Bank Rakyat
◾Public Bank
◾Public Islamic Bank
◾RHB Bank
◾Hong Leong Bank
◾Hong Leong Islamic Bank
◾HSBC
◾OSBC Bank
◾Standard Chartered

Permohonan Bayaran Balik PTPTN Melalui Direct Debit Online

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN, Blok D
Megan Avenue II, No. 12, Jalan Yap Kwang Seng,
50450 Kuala Lumpur
Careline: 03 - 2193 3000
Faks: 03 - 2193 1263

Selamat membuat permohonan Bayaran Balik PTPTN Melalui Direct Debit Online!

No comments

Powered by Blogger.