Permohonan Borang eRumah Pulau Pinang Online

Permohonan Borang eRumah Pulau Pinang Online|ADAKAH anda anak jati negeri Pulau Pinang? Apa itu skim eRumah? Bagaimana cara untuk memohon skim eRumah? Untuk makluman anda, eRumah merupakan inisiatif yang disediakan bagi golongan isi rumah berpendapatan rendah atau sederhana di Pulau Pinang yang belum memiliki rumah impian sendiri. Permohonan e-Rumah boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi e-Rumah.

Permohonan Borang eRumah Pulau Pinang Online

Sedia maklum, setiap negeri mempunyai skim perumahan sendiri sebagai contoh Rumah Selangorku (Negeri Selangor), Rumah Mampu Milik Johor (Negeri Johor) dan Rumah RUMAWIP (Wilayah Persekutuan).

Permohonan Borang eRumah Pulau Pinang Online

Berikut dikongsikan maklumat penting merangkumi aplikasi permohonan dan syarat kelayakan permohonan eRumah:

1. Pemohon perlu melayari Aplikasi
    Permohonan eRumah seperti berikut:
KLIK 👉 Borang Online Permohonan eRumah Pulau Pinang

2. Isikan maklumat yang diminta dengan
    lengkap (Cth: Semakan Syarat, Pilihan
    Perumahan, Maklumat Pemohon,
    Maklumat Pasangan, Maklumat
    Tanggungan dan Maklumat Tambahan).

3. Setelah siap diisi, klik pada butang
    'SETERUSNYA'.

4. Borang yang telah lengkap diisi perlu
    dihantar ke Pejabat Perumahan, Tingkat
    20, KOMTAR beserta dokumen yang
    lengkap.

Syarat Kelayakan Permohonan eRumah

1. Syarat permohonan merangkumi:
◾Projek Perumahan Rakyat (PPR)
◾Kos Rendah/Kos Sederhana Rendah
◾Rumah Mampu Milik

2. Sila layari untuk melihat syarat permohonan di Syarat Permohonan eRumah Pulau Pinang.

Login Akaun eRumah Pulau Pinang

1. Pemohon perlu login akaun melalui
    pautan tertera dibawah:
KLIK: 👉 Login eRumah Pulau Pinang

2. Masukkan ID Pengguna dan Kata 
    Laluan. Klik pada butang 'Login'.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Tingkat 20, Komtar
10503 Pulau Pinang

Semoga perkongsian permohonan eRumah Pulau Pinang ini dijadikan panduan buat semua warga Pulau Pinang!

No comments

Powered by Blogger.