Permohonan Geran Sepadan RM500 SSPN1M 2018

Permohonan Geran Sepadan RM500 SSPN1M 2018|APA itu Geran Sepadan SSPN1M? Bagaimana cara untuk memohon Geran Sepadan? Geran Sepadan atau GS500 merupakan insentif kewangan yang ditawarkan kepada pendeposit yang mempunyai pendapatan bulanan keluarga tidak melebihi RM 4,000 sebulan. Menerusi pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Najib Tun Haji Abdul Razak geran sepadan disediakan kepada pelajar tahun 1 di sekolah bantuan penuh Kerajaan bagi simpanan terkumpul sehingga RM50 dalam akaun SSPN-i .

Permohonan Geran Sepadan RM500 SSPN1M 2018

Pelaksanaan insentif GS500 adalah mulai 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018, tertakluk kepada peruntukan RM250 juta atau 500,000 akaun terawal (first come, first serve basis). GS500 layak diberikan kepada pendeposit seperti mempunyai akaun SSPN1M yang dibuka untuk penerima manfaat dan penerima manfaat (pada tahun 2018) yang berumur 7 - 12 tahun atau sedang belajar di sekolah rendah.

Permohonan Geran Sepadan RM500 SSPN1M 2018 

Pendeposit hendaklah mengemukakan dokumen sokongan yang telah disahkan bagi tujuan tuntutan Geran Sepadan seperti berikut:

◾Pengesahan pendapatan/ salinan slip
     gaji/ salinan Penyata Pencen/ salinan
     Kad Pesara yang menyatakan pencen
     bulanan pendeposit dan pasangan;
◾Salinan Sijil Kelahiran/ Sijil Anak Angkat/
     Surat Akuan Berkanun penerima
     manfaat;
◾Salinan MyKad pasangan/ Sijil Kematian/
     Surat Cerai;
◾Salinan surat tawaran mendaftar masuk
     ke IPT dan Resit bayaran daftar masuk
     ke IPT;
◾Surat pengesahan aktif belajar daripada
     IPT/ Agensi yang berkenaan dan
     hendaklah mencatatkan kursus
     pengajian (sekiranya tidak memenuhi
     item 4)
◾Sekiranya penerima manfaat mendapat
     pembiayaan pendidikan PTPTN,
     dokumen (4) dan (5) tidak diperlukan.

Syarat Kelayakan Permohonan Geran Sepadan

Antara syarat kelayakan permohonan Geran Sepadan seperti berikut:

1. Jumlah keseluruhan Geran Sepadan yang
    akan diberikan kepada setiap pendeposit
    yang layak adalah tidak melebihi
    RM10,000.00 satu keluarga
2. Pendeposti mempunyai pendapatan
    bulanan keluarga (gaji pokok) tidak
    melebihi RM4,000.00.
3. Penerima manfaat (anak) diterima dan
    mendaftar masuk ke mana-mana
    Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang
    diiktiraf oleh Kerajaan pada peringkat
    sijil, foundation, matrikulasi, diploma
    dan ke atas adalah layak untuk
    dipertimbangkan pemberian geran
    sepadan.
4. Penerima manfaat hendaklah belum
    mencapai umur 29 tahun semasa
    permohonan pengeluaran Geran
    Sepadan.
5. Tuntutan Geran Sepadan mestilah dibuat
    dalam tempoh pengajian penerima
    manfaat.

Permohonan Geran Sepadan RM500 SSPN1M 2018

Semoga perkongsian Permohonan Geran Sepadan RM500 SSPN1M ini bermanfaat untuk semua!

2 comments:

  1. Mudah sahaja untuk pelajar sekolah rendah mendapat duit lebih untuk tabungan pendidikan tinggi pada tahun 2018 ni. Hanya dengan membuka akaun SSPN1M dan mendeposit RM500, sebanyak RM500 akan ditambah secara automatik daripada PTPTN. Ini ialah sebahagian daripada insentif Bajet 2018 yang mensasarkan penabungan awal untuk anak-anak ke universiti.

    ReplyDelete
  2. Apa beza akaun sspn-i dengan akaun sspn1m? Jika dah ada akaun sspn-i macam mana?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.