Permohonan Insentif Perkahwinan Belia 2018 Online

Permohonan Insentif Perkahwinan Belia 2018 Online|APA itu YAWAS? Bagaimana cara untuk membuat permohonan YAWAS? YAWAS atau singkatan Yayasan Warisan Anak Selangor telah diberi tanggungjawab bagi menguruskan Program Insentif Perkahwinan Belia (i-Kahwin) mulai bulan Januari 2017. Bagi mereka yang bernikah atau berkahwin bermula tarikh 1 Januari 2017, tempoh permohonan secara online telah dibuka sehingga 1 tahun. Pasangan pengantin baru layak menerima insentif perkahwinan sebanyak RM500 sekiranya pasangan tersebut menepati syarat yang telah ditetapkan.

Permohonan Insentif Perkahwinan Belia 2018 Online

Untuk makluman anda, penyaluran insentif akan disalurkan melalui bank BSN menggunakan Sijil Simpanan Premium. Selain boleh memohon insentif perkahwinan, anda juga boleh memohon bantuan Kasih Ibu Smart Selangor.

Permohonan Insentif Perkahwinan Belia 2018 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting meliputi cara permohonan, syarat kelayakan dan dokumen penting yang diperlukan:

Cara Permohonan Insentif Perkahwinan Belia 2018 

1. Pemohon perlu melayari Laman Web
    Rasmi YAWAS melalui pautan seperti
    berikut:
KLIK: 👉 YAWAS

2. Sila pastikan Sijil Nikah atau Sijil
    Pendaftaran Kahwin telah di sediakan
    sebelum mengisi borang.

3. Dokumen sokongan perlu dihantar ke
    pejabat YAWAS dalam tempoh 2 minggu
    dari tarikh pendaftaran online.

4. Permohonan yang lewat atau tidak
    lengkap, tidak akan dipertimbangkan.

Syarat Permohonan Insentif Perkahwinan Belia

Antara syarat permohonan Insentif Perkahwinan Belia seperti berikut:

◾Warganegara Malaysia
◾Lahir di Negeri Selangor ATAU;
◾Lahir di luar Negeri Selangor DAN
a) Alamat MyKad mestilah dalam Selangor
b) Bermastautin di Negeri Selangor
     minimum 10 tahun (perlu pengesahan
     Ahli Parlimen / ADUN / Penyelaras Dun /
     Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi
     Taman Perumahan / Nazir Masjid)
◾Berumur 35 tahun ke bawah
◾Perkahwinan kali pertama sahaja
◾Permohonan terbuka dalam tempoh 12
     bulan bermula dari tarikh nikah / tarikh
     daftar perkahwinan
◾Tarikh tutup pendaftaran online adalah
     sebelum genap 12 bulan daripada tarikh
     nikah / tarikh daftar perkahwinan
◾Tempoh 12 bulan hanya layak kepada
     pemohon yang berkahwin bermula 1hb
     Januari 2017 sahaja

Dokumen Penting Yang Diperlukan

Antara dokumen penting yang diperlukan adalah seperti berikut:

◾Salinan Kad Pengenalan pemohon.
◾Satu Salinan Sijil Nikah yang berdaftar
     dengan Jabatan Agama Islam Negeri
     (pemohon beragama Islam)
◾Satu Salinan Sijil Pendaftaran
     Perkahwinan yang berdaftar dengan
     Jabatan Pendaftaran Negara (pemohon
     bukan beragama Islam)
◾Borang Pengesahan Mastautin (bagi
     pemohon bukan kelahiran Selangor)

Info:
* Anda perlu menggunakan borang yang dikeluarkan oleh YAWAS sahaja. Borang boleh didapati setelah mendaftar online dan dicetak bersama borang permohonan.

Semakan Status Permohonan Insentif Perkahwinan Belia

1. Untuk membuat semakan, pemohon
    perlu melayari laman web seperti
    berikut:
KLIK: 👉 SEMAKAN YAWAS

2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik
    pada butang 'SEMAK'.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di alamat:

Aras 5, Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Semoga perkongsian Permohonan Insentif Perkahwinan Belia RM500 ini memberi manfaat untuk anda semua!

No comments

Powered by Blogger.