Permohonan IPG 2020 Online Institut Pendidikan Guru



Permohonan IPG 2020 Online Institut Pendidikan Guru|ADAKAH anda calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019? Bilakah tarikh permohonan kemasukan ke IPG ambilan 2020 bakal dibuka? Menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), permohonan IPG ambilan 2020 bakal dibuka secara online pada 19 hingga 25 Mac 2019. Pemohon adalah mempunyai kelulusan SPM mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Penguruan (PISMP) bagi pengambilan tahun 2020.

Artikel berkaitan:
👉 Senarai IPG Institut Pendidikan Guru di Malaysia


Permohonan IPG 2018 Online Institut Pendidikan Guru

Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) selama 12 bulan atau 2 semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM. Walaubagaimanapun calon perlu memenuhi serta menepati syarat kemasukan dan kelayakan asas ke IPG 2020 terlebih dahulu.

Permohonan IPG 2020 Online Institut Pendidikan Guru

Berikut dikongsikan maklumat penting meliputi tarikh dan aplikasi permohonan IPG PISMP:

◾Tarikh Permohonan: *Akan dikemaskini
◾Aplikasi Semakan:
KLIK 👉 IPG PISMP

Cara Permohonan IPG 2020 Online

Berikut dikongsikan cara permohonan IPG PISMP ambilan 2020 secara online:

1. Pemohon boleh layari Aplikasi Program
    Ijazah Sarjana Muda Penguruan (PISMP)
    secara online seperti berikut:
KLIK 👉 IPG PISMP

2. Untuk mengakses borang permohonan
    online IPG PISMP, pemohon baru perlu
    mendaftar kali pertama terlebih dahulu.

3. Setelah klik pada ikon Daftar 
    Permohonan Baru paparan semak       
    kelayakan umur akan muncul.

4. Masukkan No. Kad Pengenalan anda
    dan klik pada butang 'Semak'.

Syarat Kelayakan IPG Institut Pendidikan Guru Malaysia

Berikut dikongsikan syarat kelayakan IPG Institut Pendidikan Guru Malaysia:

◾Warganegara Malaysia
◾Berumur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2017 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1997
◾Sihat tubuh badan
◾Aktif dalam kegiatan kokurikulum
◾Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang (Gred cemerlang merangkumi gred A+, A dan A-) dalam mana-mana 5 mata pelajaran (syarat minimum)
◾Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut, iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah Lulus Bahasa Inggeris

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 - 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
No. Telefon : 03-8312 6693/6689/6627/6720/6733/6730/6731/6758/6760/6768/6769

Selamat membuat permohonan IPG PISMP ambilan 2020 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke IPG!

No comments

Powered by Blogger.