Permohonan Murid Tahun 1 Sesi 2019/2020 Online

Permohonan Murid Tahun 1 Sesi 2019/2020 Online|BILAKAH tarikh permohonan murid tahun 1 sesi 2019/2020 dibuka? Perhatian buat ibu bapa yang ingin membuat pendaftaran anak-anak ke tahun 1 sesi 2019/2020. Pendaftaran murid Tahun 1 ambilan 2019 dan 2020 boleh dibuat secara online bagi Semenanjung Malaysia. Manakala, bagi negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan boleh dilakukan secara hadir sendiri (walk-in).

Permohonan Murid Tahun 1 Sesi 2019/2020 Online

Untuk makluman anda, permohonan kemasukan ke Tahun 1 ambilan 2019/2020 akan dibuka mulai 1 Mac hingga 30 April 2018.

Permohonan Murid Tahun 1 Sesi 2019/2020 Online

Berikut dikongsikan cara pendaftaran murid tahun 1 sesi 2019/2020 secara online:

A. Semenanjung Malaysia

Pendaftaran secara online boleh dilakukan menerusi laman web Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) Kementerian Pendidikan Malaysia.

1. Pemohon perlu layari laman web melalui
    pautan seperti berikut:
KLIK: 👉 https://public.moe.gov.my/

2. Login menggunakan No. Kad 
    Pengenalan dan Kata Laluan.

3. Kemudian, isikan maklumat borang
    pendaftaran seperti maklumat
    prasekolah/tadika, profil kesihatan dan
    rekod imunisasi anak.

4. Cetak borang yang telah lengkap diisi
    bersama dokumen yang diperlukan.

5. Ibu bapa perlu membawa cetakan
    borang permohonan ke sekolah yang
    dipohon untuk proses Perakuan. Antara
    dokumen-dokumen yang perlu dibawa
    (dokumen asal + 1 salinan):
◾Sijil lahir anak/ sijil anak angkat
◾Kad pengenalan ibu bapa/ penjaga
◾Surat nikah/ surat cerai
◾Bil yang mempunyai alamat tempat
     tinggal
◾Laporan doktor & kad OKU (jika
     berkaitan)

B. Sabah, Sarawak dan Wilayah 
    Persekutuan Labuan

Permohonan ke Tahun 1 hendaklah dikemukakan secara manual oleh ibu bapa/penjaga dengan menghadirkan diri di sekolah untuk mengisi borang.

Tempoh Permohonan Pendaftaran Dibuka

◾ Tarikh Dibuka: 1 Mac 2018
◾ Tarikh Ditutup: 30 April 2018
◾ Kemasukan tahun 2019 adalah bagi
      kanak-kanak warganegara Malaysia
      yang lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1
      Januari 2013.
◾Kemasukan tahun 2020 adalah bagi
     kanak-kanak warganegara Malaysia     
     yang lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1
     Januari 2014.

Semakan Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2019 Online

Semakan keputusan pendaftaran murid Tahun 1 kebiasaannya boleh dibuat sekitar bulan Julai atau Ogos.

Selamat membuat pendaftaran murid Tahun 1 sesi 2019/2020 secara online! 

No comments

Powered by Blogger.