Permohonan Pengajian Timur Tengah KPT 2018/2019 Online

Permohonan Pengajian Timur Tengah KPT 2018/2019 Online|ADAKAH anda berminat melanjutkan pengajian di Timur Tengah sesi 2018/2019? Bilakah tarikh permohonan kemasukan ke Timur Tengah (Mesir dan Jordan) ambilan 2018/2019? Berita baik buat pelajar lepasan STAM yang baru sahaja mendapat keputusan STAM dan juga lepasan SPM. Untuk makluman anda, menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), permohonan Timur Tengah Mesir dan Jordan sesi 2018/2019 boleh dibuat secara online mengikut lepasan masing-masing.

Permohonan Pengajian Timur Tengah KPT 2018/2019 Online

Program pengajian yang ditawarkan ke Timur Tengah (Mesir dan Jordan) adalah seperti bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pengigian dan Farmasi sahaja. Sedia maklum, KPT tidak melantik mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah. Permohonan bagi lepasan STAM telah dibuka mulai 17 Januari 2018 hingga 2 Februari 2018. Manakala, bagi lepasan SPM permohonan turut dibuka mulai 17 Januari 2018 hingga tarikh tutup 29 Mac 2018.

Permohonan Pengajian Timur Tengah KPT 2018/2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting merangkumi tarikh dan aplikasi permohonan pengajian Timur Tengah:

Tarikh Penting Permohonan Timur Tengah 2018

1. Lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia
    (STAM)
◾ Tarikh Dibuka: 17 Januari 2018, jam 12
      tengahari
◾ Tarikh Ditutup: 2 Februari 2018, jam 5
      petang

2. Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
◾ Tarikh Dibuka: 17 Januari 2018, jam 12
      tengahari
◾ Tarikh Ditutup: 29 Mac 2018 selepas
      keputusan SPM 2017 diumumkan

Aplikasi Permohonan Pengajian Timur Tengah 2018

◾Pemohon perlu layari laman web
     melalui pautan seperti berikut:
KLIK: 👉 PERMOHONAN PENGAJIAN TIMUR TENGAH

Panduan Permohonan Pengajian Timur Tengah 2018

Berikut adalah panduan atau cara permohonan pengajian Timur Tengah 2018:

1. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu
    sebelum membuat permohonan secara
    online. Sila pastikan emel yang
    didaftarkan adalah aktif, nama penuh
    dan no. kad pengenalan anda adalah
    betul dan tepat.

2. Setelah membuat pendaftaran, anda
    perlu log masuk ke dalam sistem e-
    timurtengah di pautan
    https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah
    bagi melengkapkan maklumat
    permohonan.

3. Pemohon hanya dibenarkan untuk
    membuat permohonan bagi SATU (1)
    negara dan SATU (1) bidang sahaja.
    Pemohon juga dinasihati supaya
    membuat permohonan yang memenuhi
    syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

4. Pastikan maklumat yang diisi adalah
    betul dan lengkap sebelum tekan butang
    simpan dan hantar.

5. Pastikan permohonan dihantar dengan
    menekan butang hantar selewat-
    lewatnya pada tarikh akhir permohonan.

6. Pemohon perlu mencetak borang
    permohonan sebagai rujukan.

Info:
Untuk menyemak syarat kelayakan dan info mengenai tawaran, sila klik dibawah:
👉 Syarat Kelayakan Permohonan Timur Tengah 2018

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di Bahagian Education Malaysia seperti berikut:

Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 PUTRAJAYA
No. Tel : 03-8870 6627 / 6226
No. Faks : 03-8870 6853
Emel : norwahidah@mohe.gov.my / zairina@mohe.gov.my
Fb : Education Malaysia Division

Selamat membuat permohonan pengajian Timur Tengah sesi 2018/2019 secara online!

No comments

Powered by Blogger.