Permohonan Pengajian Timur Tengah KPT 2022/2023 Online (Mesir & Jordan)



Permohonan Pengajian Timur Tengah KPT 2022/2023 Online (Mesir & Jordan)|ADAKAH anda berminat melanjutkan pengajian di Timur Tengah sesi 2022? Bilakah tarikh permohonan kemasukan ke Timur Tengah (Mesir dan Jordan) ambilan 2022 bakal dibuka? Berita baik buat pelajar lepasan STAM yang baru sahaja mendapat keputusan STAM dan juga lepasan SPM dan Diploma Qiraat. Untuk makluman anda, permohonan Timur Tengah Mesir dan Jordan sesi 2022 kini boleh dibuat secara online mengikut lepasan masing-masing.

Permohonan Pengajian Timur Tengah KPT 2018/2019 Online

Program pengajian yang ditawarkan ke Timur Tengah (Mesir dan Jordan) adalah seperti bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pengigian dan Farmasi sahaja. Sedia maklum, KPT tidak melantik mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah. Permohonan bagi lepasan STAM telah dibuka mulai 17 Januari 2018 hingga 2 Februari 2018. Manakala, bagi lepasan SPM permohonan turut dibuka mulai 17 Januari 2018 hingga tarikh tutup 29 Mac 2018.

Permohonan Pengajian Timur Tengah KPT 2022/2023 Online (Mesir & Jordan)

Berikut dikongsikan maklumat penting merangkumi tarikh dan aplikasi permohonan pengajian Timur Tengah (Mesir dan Jordan) termasuk syarat kelayakan permohonan:

Tarikh Penting Permohonan Timur Tengah 2022

1. Lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
◾ Tarikh Dibuka: 22 Januari 2019, jam 2 petang
◾ Tarikh Ditutup: 31 Januari 2019, jam 11.59 malam

2. Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma Qiraat
◾ Tarikh Dibuka: 22 Januari 2019, jam 12 tengahari
◾ Tarikh Ditutup: 8 April 2019 selepas keputusan SPM 2018 diumumkan

Aplikasi Permohonan Pengajian Timur Tengah 2022

◾Pemohon perlu layari laman web melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 PERMOHONAN PENGAJIAN TIMUR TENGAH

Panduan Permohonan Pengajian Timur Tengah 2022

Berikut adalah panduan atau cara permohonan pengajian Timur Tengah 2022:

1. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu
    sebelum membuat permohonan secara
    online. Sila pastikan emel yang
    didaftarkan adalah aktif, nama penuh
    dan no. kad pengenalan anda adalah
    betul dan tepat.

2. Setelah membuat pendaftaran, anda
    perlu log masuk ke dalam sistem e-
    timurtengah di pautan
    https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah
    bagi melengkapkan maklumat
    permohonan.

3. Pemohon hanya dibenarkan untuk
    membuat permohonan bagi SATU (1)
    negara dan SATU (1) bidang sahaja.
    Pemohon juga dinasihati supaya
    membuat permohonan yang memenuhi
    syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

4. Pastikan maklumat yang diisi adalah
    betul dan lengkap sebelum tekan butang
    simpan dan hantar.

5. Pastikan permohonan dihantar dengan
    menekan butang hantar selewat-
    lewatnya pada tarikh akhir permohonan.

6. Pemohon perlu mencetak borang
    permohonan sebagai rujukan.

Info Penting:
Untuk menyemak syarat kelayakan dan info mengenai tawaran, sila klik dibawah:
👉 Syarat Kelayakan Permohonan Timur Tengah

Artikel Berkaitan:
👉 Semakan Keputusan Timur Tengah

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di Bahagian Education Malaysia seperti berikut:

Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 PUTRAJAYA

No. Tel : 03-8870 6627 / 6226
No. Faks : 03-8870 6853
Emel : norwahidah@mohe.gov.my / zairina@mohe.gov.my
Fb : Education Malaysia Division

Selamat membuat permohonan pengajian Timur Tengah sesi 2022 secara online!

No comments

Powered by Blogger.