Permohonan Perajurit Muda TLDM 2022 Online (Tentera Laut)



Permohonan Perajurit Muda TLDM 2022 Online (Tentera Laut)|ADAKAH anda berminat menyertai dan berkhidmat sebagai TLDM? Bilakah tarikh permohonan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau Navy ambilan 2022 bakal dibuka? Berita baik untuk anda, permohonan Perajurit Muda TLDM 2022 boleh dibuat secara online sehingga tarikh tutup bulan Mac 2019. Menerusi Laman Rasmi Facebook Tentera Laut Diraja Malaysia, TLDM ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan, bujang dan sihat tubuh badan untuk berkhidmat sebagai anggota Lain-Lain Pangkat TLDM. Berikut dikongsikan Permohonan Perajurit Muda TLDM 2022 Online buat rujukan anda.

Permohonan Perajurit Muda TLDM 2018 Online

Permohonan Perajurit Muda TLDM 2022 Online (Tentera Laut)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan pengambilan dan permohonan Perajurit Muda TLDM (Tentera Laut) 2022 secara online:

Cara Permohonan Tentera Laut 2022 Online

1. Sila scan QR code atau ke terus ke pautan berikut:

Tatacara Pengisian Borang Permohonan

1. Sila isi semua soalan yang terdapat di dalam borang ini.

2. Gunakan huruf besar semasa mengisi borang ini kecuali e-mel.

3. Sediakan dokumen berikut untuk proses pendaftaran:
Kad pengenalan pemohon.
Sijil kelahiran pemohon.
Sijil kelayakan akademik pemohon (SPM, SVM dan Diploma).
Kad pengenalan bapa.
Sijil kelahiran bapa.
Kad pengenalan ibu.
Sijil kelahiran ibu.
Sijil kematian bapa (jika berkaitan).
Sijil kematian ibu (jika berkaitan).
Sijil cerai ibubapa (jika berkaitan).

4. Pastikan maklumat yang diisi adalah betul dan benar.

5. Tiada kompromi ke atas penipuan maklumat.

6. Permohonan yang dibuat akan disemak oleh TLDM.

7. Status permohonan akan dimaklumkan melalui emel dan SMS.

8. Keputusan yang dibuat oleh TLDM adalah muktamad.

Iklan Permohonan Perajurit Muda TLDM Siri 2022

Berikut adalah iklan permohonan Perajurit Muda TLDM 2022 yang mengenai kelayakan akademik dan syarat kelayakan:

*Akan dikemaskini

Syarat Kelayakan Permohonan Perajurit Muda TLDM 2022

A) Kelayakan Akademik

1. Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian di dalam matapelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan.

2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

B) Syarat-Syarat Kelayakan

1. Warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 25 tahun. Keutamaan kepada pemohon yang berumur 18 hingga 23 tahun pada tarikh 5 Mac 2018.

2. Taraf perkahwinan bujang.

3. Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada kelayakan akademik, pemeriksaan dokumentasi dan pemeriksaan fizikal. Pemohon yang memiliki Sijil Kokurikulum PKBM, Sijil PLKN atau kecemerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.

4. Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna.

5. Taraf kesihatan sihat tubuh badan, tidak cacat anggota, tidak pernah mengalami kecederaan teruk seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit asma, penyakit kronik yang lain dan tidak mempunyai penyakit keturunan. Diakui sihat dan tidak cacat anggota oleh Pegawai Peruhatan Kerajaan termasuk pemeriksaan x-ray serta disahkan oleh Pegawai Perubatan Angkatan Tentera Malaysia.

6. Calon wajib mempunyai alamat email persendirian (gmail/hotmail/yahoo dan lain-lain).

7. Syarat minimum ukuran fizikal
◾Berat badan: Minima 47.5kg (lelaki) dan 40.5kg (wanita)
◾Ketinggian: Tinggi sekurang-kurangnya 1.62cm (lelaki) 1.60cm (wanita)
◾Body Mass Index (BMI): Di antara 18-25 (lelaki) 18-23 (wanita)
◾Ukuran badan: Minima bagi lelaki adalah 76sm

Artikel Berkaitan:
👉 Jadual Pemilihan Perajurit Muda TLDM

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Tentera Laut, sila hubungi di:

Markas Tentera Laut
Cawangan Pengurusan Sumber Manusia
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Email: pengambilantldm@navy.mil.my
Tel: 03 - 2071 3303/3177

Selamat membuat Permohonan Perajurit Muda TLDM sesi 2022 secara online! Semoga anda berjaya menjadi sebagai Tentera Laut!

No comments

Powered by Blogger.