Permohonan Pinjaman PTPTN 2019 Secara Online

Permohonan Pinjaman PTPTN 2019 Secara Online|ADAKAH anda berminat melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) dan IPTA tahun 2019? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk melanjutkan pengajian? Apa itu PTPTN dan bagaimana cara membuat permohonan pinjaman PTPTN secara online? Perhatian kepada anda, bagi yang memerlukan bantuan pinjaman sebagai melanjutkan pengajian, kini anda boleh memohon  pinjaman pendidikan PTPTN. Dengan wujudnya skim pinjaman ini, memberi keringanan bebanan ditanggung oleh pelajar untuk menyambung pengajian.

Artikel berkaitan:
👉 Semakan Baki Pinjaman PTPTN Online dan SMS

Permohonan Pinjaman PTPTN 2018 Secara Online

Skim Pinjaman Pendidikan Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) adalah sebuah perbadanan yang menguruskan dana dan pemberian pinjaman kepada pelajar. Kepada anda yang ingin melanjutkan pengajian ke UA, sila rujuk Permohonan UPU Online 2018/2019.

Permohonan Pinjaman PTPTN 2019 Secara Online

Berikut dikongsikan maklumat penting meliputi cara permohonan dan syarat kelayakan permohonan PTPTN:

1. Pemohon telah menerima surat tawaran
    kemasukan ke IPT.

2. Pemohon perlu membuka akaun SSPN-i
    dimana-mana cawangan AgroBank,
    Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat atau
    cawangan PTPTN bagi mendapatkan No.
    Akaun SSPN-i.

3. Pemohon perlu membeli No. 
    PTPTN yang bernilai RM 5.00 dimana
    cawangan Bank Simpanan Nasional
    (BSN). No. PTPTN hanya sah dalam
    tempoh 6 bulan dari tarikh pembelian.

4. Pemohon perlu menyemak tarikh tutup
    permohonan (KLIK SINI).

5. Pemohon boleh membuat pendaftaran
    permohonan PTPTN secara online
    menerusi Portal Rasmi di PTPTN.

6. Masukkan No. Kad Pengenalan, tarikh, 
    masa dan No. PTPTN. Kemudian, klik
    pada butang 'Daftar'.

Syarat Permohonan Pinjaman PTPTN

Antara syarat permohonan pinjaman PTPTN adalah:

◾Warganegara Malaysia;
◾Berumur tidak melebihi 45 tahun pada
     tarikh memohon;
◾Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan
     Politeknik dengan memenuhi syarat
     kelayakan masuk yang ditetapkan oleh
     Kementerian Pendidikan Malaysia dan
     Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
◾Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/
     IPTS dan Politeknik mestilah mendapat
     kelulusan daripada Kementerian
     Pendidikan Malaysia dan berdaftar
     dengan PTPTN;*
◾Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang
     diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan
     Akreditasi daripada Agensi Kelayakan
     Malaysia (MQA) dan masih di dalam
     tempoh sah laku semasa tarikh
     memohon;
◾Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan
     berbeza pengesahan perlu diperolehi
     daripada jabatan atau agensi
     sebagaimana dinyatakan di atas;
◾Baki tempoh pengajian semasa membuat
     permohonan hendaklah tidak kurang
     dari satu (1) tahun;
◾Tiada penaja lain; dan
◾Telah membuka akaun SSPN-i**

* Hanya kursus yang diluluskan tajaan PTPTN akan didaftarkan dan disenaraikan dalam Portal Permohonan Online PTPTN. Pihak IPT perlu membuat permohonan kepada PTPTN sekiranya ingin mendapatkan tajaan pembiayaan PTPTN.

** Hanya akaun SSPN-i yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk
menyemak nombor akaun SSPN-i 15 digit.

Syarat Permohonan Pinjaman Kali Kedua

Syarat pinjaman kali kedua adalah seperti berikut:

i) Melanjutkan pengajian di peringkat lebih
    tinggi daripada pinjaman terdahulu
    sahaja; dan

ii) Bagi pelajar yang menyambung
     pengajian di peringkat yang sama atau
     lebih rendah daripada pinjaman
     terdahulu hanya dipertimbangkan
     selepas pelajar menyelesaikan jumlah
     keseluruhan hutang terdahulu
     (termasuk apa-apa kos yang ditentukan
     oleh PTPTN).

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan Bayaran Balik PTPTN Melalui Direct Debit Online

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi PTPTN HOTLINE di talian 03 - 2080 4455.

Selamat membuat permohonan pinjaman PTPTN secara online sebagai pinjaman melanjutkan pengajian anda!

No comments

Powered by Blogger.