Permohonan Program Dana Didik Jauhar Kids 2018

Permohonan Program Dana Didik Jauhar Kids 2018|APA itu Dana Didik Jauhar Kids (DDJK) ? Berita baik bagi warga Johor, Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dengan kerjasama PTPTN dan beberapa agensi berkaitan telah bekerjasama dalam melaksanakan satu program yang dipanggil Program Dana Didik Jauhar Kids. Matlamat program ini dilaksanakan bagi  membudayakan tabiat menabung bagi tujuan pendidikan tinggi sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman pada masa hadapan.

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan Rumah Mampu Milik Johor 2018 Online
👉 Permohonan Kad Bas Muafakat Johor 2018 Online

Permohonan Program Dana Didik Jauhar Kids 2018

Bermula pada tahun 2018, Kerajaan Negeri akan membantu Pembukaan Akaun SSPN-i bernilai RM50 seorang untuk bayi yang dilahirkan di Johor pada tahun 2018.

Permohonan Program Dana Didik Jauhar Kids 2018

1. Borang permohonan boleh diambil di
    mana-mana kaunter berikut:

1. Wad-wad bersalin hospital utama di
    Johor
2. Jabatan Pendapatan Negara di Negeri
    Johor
3. Pejabat PTPTN Cawangan di negeri Johor,
    atau
4. Pejabat Yayasan Pelajaran Johor

2. Tempoh permohonan adalah dalam
    masa satu (1) bulan dari tarikh kelahiran
    bayi

Syarat Kelayakan Permohonan Dana Didik Jauhar Kids

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan Dana Didik Jauhar Kids:

1. Ibu dan Bapa adalah warganegara
    Malaysia, (keutamaan diberikan kepada
    ibu yang lahir di negeri Johor)
2. Bayi yang dilahirkan di negeri Johor
    mulai 1 Januari 2018
3. Pendapatan ibu dan bapa di bawah
    RM 7,000 sebulan

Tawaran Keistimewaan SSPN-i

SSPN-i menawarkan keistimewaan seperti berikut:

1. Pelepasan taksiran cukai hingga
    RM6,000.00 setahun berdasarkan
    simpanan bersih tahun semasa.

2. Perlindungan takaful secara percuma ke
    atas pendeposit yang mempunyai
    simpanan RM1,000.00 dan ke atas.

3. Kadar dividen yang kompetitif dan
    dikecualikan cukai pendapatan.

4. Pemberian Geran Sepadan sehingga
    RM10,000.00 untuk satu keluarga yang
    layak.

5. Simpanan dijamin oleh kerajaan.

6. Layak memohon pinjaman pendidikan
    PTPTN.

7. Kemudahan menyimpan di cawangan
    PTPTN dan lebih 3000 cawangan ejen
    SSPN-i.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi di talian: 07-2344 355 (ext 223) ATAU e-mel: ypj@johor.gov.my

Selamat membuat permohonan Dana Didik Jauhar Kids tahun 2018! Semoga anda berjaya!

No comments

Powered by Blogger.