Permohonan Rumah Bina Negara (RBN) RISDA dan FELCRA 2019 Online

Permohonan Rumah Bina Negara (RBN) RISDA dan FELCRA 2019 Online|ANDA berminat membuat permohonan Rumah Bina Negara RISDA dan FELCRA 2019? Bilakah tarikh permohonan Rumah Bina Negara (RBN) RISDA dan FELCRA 2019 dibuka? Perhatian buat mereka yang tidak memiliki rumah dari kalangan generasi kedua RISDA dan FELCRA. Untuk makluman anda, kini anda boleh membuat permohonan Rumah Bina Negara (RBN) RISDA dan FELCRA secara online melalui Laman Web Rasmi RISDA.

Permohonan Rumah Bina Negara (RBN) RISDA dan FELCRA 2018 Online

Program Rumah Bina Negara (RBN) mula diumumkan pada hujung tahun 2016. Program Rumah Bina Negara (RBN) adalah merupakan program perumahan mampu milik kepada golongan belia di kawasan luar bandar. Objektif Rumah BN adalah untuk menyediakan perumahan selesa pada harga mampu milik kepada belia luar bandar.

Permohonan Rumah Bina Negara (RBN) RISDA dan FELCRA 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting meliputi aplikasi permohonan dan syarat kelayakan permohonan:

A. Cara Permohonan Rumah Bina Negara
     (RBN) RISDA

Mereka yang layak dan berminat boleh memuat turun borang permohonan di Laman Web RISDA di Borang Permohonan Rumah RBN RISDA .

B. Cara Permohonan Rumah Bina Negara 
    (RBN) FELCRA

Mereka yang layak dan berminat boleh memuat turun borang permohonan di Borang Permohonan Rumah RBN FELCRA.

KLIK: 👉 Panduan Permohonan

Syarat Permohonan Rumah Bina Negara (RBN)

Berikut dikongsikan syarat permohonan Rumah Bina Negara (RBN):

A. RBN RISDA

Harga RBN yang ditawarkan adalah RM 45,000 dimana jumlah sebenar RM 65,000.

Antara syarat-syarat permohonan pemilikan RBN adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia
2. Generasi Kedua Luar Bandar
3. Berumur 18 hingga 45 tahun
4. Bermaustautin di luar bandar
5. Telah berkahwin
6. Pendapatan seisi rumah sebulan RM
    4,000 ke bawah
7. Mempunyai saiz tanah yang bersesuaian
8. Hanya 1 Lot Tanah untuk 1 rumah sahaja
9. Tanah milik sendiri/ibu/bapa
10. Sebagai rumah pertama

Info Rumah Bina Negara (RBN) RISDA

◾Saiz Rumah: 700 kaki persegi
◾Komposisi: 3 bilik tidur dan 2 bilik air
     ansuran bulanan serendah RM 250
     sebulan

B. RBN FELCRA

Harga jualan RBN FELCRA adalah tidak lebih RM 75,000 dengan ansuran bulanan tidak melebihi RM 500.

Kelayakan Permohonan RBN FELCRA

Antara syarat kelayakan permohonan RBN FELCRA adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 hingga 45 tahun
3. Telah berkahwin
4. Warga Desa dengan keutamaan kepada
    Generasi Kedua Felcra Berhad
5. Tidak memiliki rumah sendiri
6. Pendapatan bulanan dibawah RM 4,000
7. Bermastautin di penempatan Felcra yang
    terlibat

Permohonan Rumah Bina Negara (RBN) RISDA dan FELCRA 2018 Online

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil
Perusahaan Getah
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Bangunan RISDA, KM 7, Jalan Ampang
Karung Berkunci 11067, 50990
Kuala Lumpur
No. Tel: 03 - 4256 4022
No. Fax: 03 - 4257 6726
Atau:
WISMA FELCRA, Lot 4780, Jalan Rejang
Setapak Jaya,
Peti Surat 12254, 50772 Kuala Lumpur
No. Tel: 03 - 4145 5000
No. Fax: 03 - 4142 8162

Selamat membuat permohonan Rumah Bina Negara (RBN) RISDA dan FELCRA secara online!

No comments

Powered by Blogger.