Permohonan Rumah PPR Program Perumahan Rakyat 2018 Online

Permohonan Rumah PPR Program Perumahan Rakyat 2018 Online|ADAKAH anda belum memiliki rumah dan berpendapatan RM 2,500 sebulan? Berita baik untuk anda yang berpendapatan bulanan RM 2,500 kebawah, kini anda boleh membuat permohonan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) secara online. Program Perumahan Rakyat adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah.

Permohonan Rumah PPR Program Perumahan Rakyat 2018 Online

PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan. Kerajaan turut melaksanakan PPR Dimiliki yang bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri. Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.

Permohonan Rumah PPR Program Perumahan Rakyat 2018 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting merangkumi cara permohonan, syarat kelayakan dan ciri-ciri rumah:

Cara Permohonan Rumah PPR Program Perumahan Rakyat 2018 

Proses permohonan dan pengisian dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri/Lembaga Perumahan Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan.
Pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat seperti di alamat berikut:

1. PERLIS INDERA KAYANGAN
2. KEDAH DARUL AMAN
3. PULAU PINANG
4. PERAK DARUL RIDZUAN
5. SELANGOR DARUL EHSAN
6. NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
7. MELAKA
8. JOHOR DARUL TAKZIM
9. TERENGGANU DARUL IMAN
10. KELANTAN DARUL NAIM
11. PAHANG DARUL MAKMUR
12. KUALA LUMPUR
13. SABAH
14. SARAWAK
15. WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

*Klik LINK yang disediakan di atas untuk membuat permohonan mengikut negeri masing-masing

Syarat Kelayakan Permohonan PPR 2018 

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan Program Perumahan Rakyat:

◾Warganegara Malaysia
◾Berumur 18 tahun ke atas
◾Pendapatan isi rumah di bawah
    RM2,500 sebulan
◾Pemohon belum memiliki rumah
◾Mengikut syarat-syarat tambahan yang
     ditetapkan oleh kerajaan negeri

Ciri-Ciri Rumah Program Perumahan Rakyat

◾Kawasan bandar-bandar besar: Jenis
     rumah bertingkat antara 5 hingga 18
     tingkat
◾Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah
     teres
◾Keluasan: Tidak kurang daripada 700
     kaki persegi
◾Binaan - 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1
     Ruang Dapur, 2 Bilik Air
◾Kemudahan Asas:
-Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai,
-Surau/Ruang Solat,
-Gerai Makan/Ruang Niaga
-Tadika
-Kemudahan OKU
-Taman Permainan/Kawasan Lapang
-Rumah Sampah

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

Pengarah
Bahagian Pembangunan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No.51, Persiaran Perdana,Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
Tel     : 03 - 8891 4410 / 4411
Fax    : 03 - 8891 4045
E-mel : azizanza@kpkt.gov.my

Selamat membuat permohonan Rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) 2018 secara online!

No comments

Powered by Blogger.