Permohonan SARA 1Malaysia Skim Amanah Rakyat 1Malaysia 2020 Online



Permohonan SARA 1Malaysia Skim Amanah Rakyat 1Malaysia 2020 Online|APA itu SARA 1Malaysia? Bagaimana cara memohon Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)? SARA 1Malaysia adalah sebuah skim khas yang dilaksanakan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan institusi-institusi kewangan terpilih. Skim khas ini dilaksanakan oleh kerajaan bagi menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah untuk menabung dan melabur selain membantu mereka menangani kos sara hidup.

Permohonan SARA 1Malaysia Skim Amanah Rakyat 1Malaysia 2018 Online

Skim ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur dari 18 hingga 58 tahun yang memperoleh pendapatan kasar bulanan isi rumah antara RM 500 hingga RM 3,000. Skim ini sekaligus memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang layak untuk memohon pinjaman bernilai RM5,000 dari institusi yang mengambil bahagian untuk dilaburkan dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia).

Permohonan SARA 1Malaysia Skim Amanah Rakyat 1Malaysia 2020 Online

Berikut adalah maklumat berkaitan cara permohonan borang SARA 1Malaysia secara online:

1. Bagi pemohon yang berminat, anda
    boleh dapatkan borang SARA 1Malaysia
    secara online melalui pautan Borang 
    Online SARA 1Malaysia.

2. Isikan maklumat yang diminta dengan
    lengkap bersama beberapa dokumen
    penting.

3. Selepas siap diisi, hantarkan borang
    tersebut di alamat tertera:
    Unit Projek Khas - SARA 1Malaysia
    Tingkat 28, Menara PNB
    201-A, Jalan Tun Razak
    50400 Kuala Lumpur

4. Pihak bank akan menghubungi anda
    sekiranya anda berjaya.

Info:
*Pemohon boleh dapatkan borang secara manual di cawangan MayBank, CIMB Bank, RHB Bank dan BSN

Syarat Kelayakan Permohonan SARA 1Malaysia

Berikut dikongsikan syarat kelayakan permohonan SARA 1Malaysia:

1. Permohonan terbuka kepada seluruh
    warganegara Malaysia berumur antara
    18 hingga 58 tahun
2. Pemohon mesti mempunyai pendapatan
    kasar isi rumah antara RM500 hingga
    RM3,000
3. Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh
     pembiayaan pinjaman
4. Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh
    bank
5. Pemohon dan /atau pasangan tidak
    menerima bantuan dari skim-skim khas
    lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB:
    Program Bantuan Pembangunan Rakyat
    Termiskin (PPRT); ASB Sejahtera; dan
    ASW 2020 Bandar
6. Pemohon dan /atau pasangan tidak
    memiliki pelaburan di dalam mana-mana
    unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada,
    jumlah pelaburan terkumpul bersamaan
    atau kurang dari RM10,000
7. Status akaun unit amanah ASNB tidak
    bermasalah
8. Permohonan adalah tertakluk kepada
    agihan Amanah Saham 1Malaysia (AS
    1Malaysia) sepertimana yang telah
    ditetapkan dan sekiranya masih ada:
    Bumiputera – 50%
    Cina – 30%
    India – 15%; dan
    Lain-lain – 5%
9. Hanya salah seorang isi rumah yang
    layak memperolehi pembiayaan
    pinjaman
10. Permohonan diluluskan bagi pinjaman
      di satu bank sahaja

Dokumen Penting Yang Diperlukan

Antara dokumen penting yang diperlukan adalah:

1. MyKad Pemohon (2 salinan)
2. MyKad Pasangan (1 salinan)
3. Dokumen Pendapatan yang disahkan:
◾Pemohon dan pasangan perlu sediakan
     salinan slip gaji 3 bulan terkini
◾Bagi pemohon yang tidak mempunyai
     slip gaji, pengisytiharan pendapatan
     yang dinyatakan di BPPSARA1M
     Bahagian C akan terpakai

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

Special Project Unit - SARA 1Malaysia
31st Floor, Menara PNB
201-A Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Tel: 03-2057 3065
Fax: 03-2050 5140
Email: saracare@sara1malaysia.com.my
Website: http://www.sara1malaysia.com.my

Selamat membuat permohonan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) secara online!

6 comments:

  1. Selepas 5 tahun, adakah pelabur SARA1M layak layak untuk memohon semula?

    ReplyDelete
  2. Adakah SARA1M sudah boleh dikeluarkan kerana tempoh pembayaran sudah tamat tahun ni [2013-2018]

    ReplyDelete
  3. boleh sy tahu bila pengeluaran boleh di keluarkan ,bila duit masuk acc
    sy start sara 1malaysia ne 7/2013 hingga 7/2018 bank ialah maybank

    ReplyDelete
  4. Da matang 5tahun ambil la duit

    ReplyDelete
  5. Mcm mne nk ambil duit tu ye..sbb mak sy dh lbh dr 5tahun dh

    ReplyDelete
  6. I nak buat business sendiri bayar 5 tahun

    ReplyDelete

Powered by Blogger.