Permohonan Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO 2018 Online

Permohonan Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO 2018 Online|ADAKAH anda pekerja kehilangan pekerjaan? Mulai 1 Januari 2018, bagi anda yang kehilangan pekerjaan boleh membuat permohonan Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO atau SIP. Bantuan kewangan segera (7 hari selepas pengesahan hilang kerja) akan diberikan sebanyak RM 600. Pelaksanaan SIP bertujuan membantu golongan pekerjaan yang telah kehilangan pekerjaan untuk mendapat bantuan kewangan. Permohonan Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO hanya boleh dilakukan sekali dengan tuntutan maksima sebanyak tiga kali dalam tempoh 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018.

Permohonan Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO 2018 Online

Menerusi pembentangan oleh Perdana Menteri Malaysia, kerajaan telah bersetuju melaksanakan Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO (SIP) yang bakal dinikmati 6.5 juta pekerja tempatan dalam sektor swasta dengan jangkaan bayaran faedah boleh dibuat mulai 1 Januari 2019. SIP terdiri daripada DUA komponen utama iaitu pekerjaan insurans dan Active Labour Market Policies.

Permohonan Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO 2018 Online

Berikut dikongsikan cara permohonan Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO 2018 secara online:

1. Bagi yang ingin memohon, Permohonan
    Interim boleh dibuat secara online di
    portal https://www.perkeso.gov.my/sip/ 
    atau ke UTC atau boleh hadir ke mana-
    mana kaunter PERKESO di seluruh
    Malaysia.

Bagi mereka yang layak akan diberikan bayaran interim sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh maksimum 3 bulan.

Prosedur Bayaran SIP 

1. Permohonan SIP boleh dibuat atas talian
    (on-line) dengan mengisi serta
    melampirkan borang dan perintah/ surat
    pengesahan termasuk mendaftar diri
    sebagai pencari kerja.
2. Permohonan yang lengkap akan diproses
    dan disemak kelayakan berdasarkan
    kelayakan am dan syarat kelayakan
    caruman.
3. Permohonan tersebut akan
    disalurkan kepada PERKESO/ JTK / JPP
    bagi menentusahkan kehilangan
    pekerjaan yang berlaku.
4. Setelah kelulusan dibuat, penyediaan
    baucer dan pemindahan wang akan
    dibuat terus ke dalam akaun pemohon.

Jenis Kehilangan Pekerjaan Yang Dibenarkan Kecuali

◾Persaraan wajib
◾Tamat kontrak
◾Peletakan jawatan secara sukarela
◾Salah laku

Faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)

Berikut adalah faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP):

1. Penempatan Pekerjaan & Kaunseling
    Kerjaya

Menyediakan perkhidmatan dan sokongan pekerjaan kepada Orang Berinsurans untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian.

2. Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)

Menyediakan elaun mencari pekerjaan bagi tempoh 1 – 6 bulan tertakluk kepada syarat kelayakan caruman dan kesediaan untuk bekerja semula.

3. Elaun Bekerja Semula Awal

Menyediakan elaun bekerja semula awal sebagai insentif bagi menggalakkan Orang Berinsurans untuk kembali bekerja dengan segera.

4. Elaun Pendapatan Berkurangan

Menyediakan elaun pendapatan berkurangan bagi Orang Berinsurans yang bekerja dengan lebih daripada satu majikan dan telah kehilangan pekerjaan.

5. Elaun Latihan (EL)

Menyediakan elaun latihan harian sekiranya Orang Berinsurans menjalani latihan.

6. Fi/ Yuran Latihan

Membiayai yuran latihan Orang Berinsurans yang dibayar terus kepada penyedia latihan yang berdaftar.

Permohonan Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO 2018 Online

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan mengenai pelaksanaan Sistem Insurans Pekerjaan boleh hubungi di talian 1300228000 atau layari ke Portal Rasmi PERKESO.

Selamat membuat permohonan Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO 2018 secara online! Semoga anda berjaya!

No comments

Powered by Blogger.