Permohonan Skim MyHome 2019 Online

Permohonan Skim MyHome 2019 Online|APA itu Skim MyHome? Skim MyHome adalah program perumahan yang dianjurkan dengan kerjasama oleh Jabatan Perumahan Negara dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi membantu golongan yang berpendapatan sederhana untuk memiliki rumah pertama mereka. Skim ini merupakan salah satu langkah Kerajaan untuk menggalakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah mampu milik.

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) SPNB

Permohonan Skim MyHome 2018 Online

Skim MyHome ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat pada 25 Oktober 2013. Skim MyHome menawarkan insentif sehingga RM30,000 seunit yang memberi faedah kepada pembeli-pembeli rumah dan pemaju-pemaju swasta.

Permohonan Skim MyHome 2019 Online

Berikut dikongsikan cara permohonan beserta syarat kelayakan permohonan Skim MyHome:

1. Pemohon perlu layari Laman Web Rasmi
    Sistem Pengurusan Perumahan Negara
    seperti berikut:
KLIK 👉 https://sprn.kpkt.gov.my/

2. Bagi yang ingin muat turun borang
    permohonan online Skim MyHome, sila
    klik Borang Permohonan Pemaju/Projek 
    Skim MyHome.

Syarat Kelayakan Permohonan Skim MyHome

Syarat-syarat yang ditetapkan oleh KPKT bagi kriteria pemilihan pembeli :

◾Warganegara Malaysia
◾Berumur 18 tahun ke atas
◾Pembelian rumah pertama
◾Permohonan satu (1) unit rumah kepada
     setiap isi rumah; dan
◾Pendapatan isi rumah perlu mengikut
     ketetapan pendapatan isi rumah bagi
     MyHome 1 dan MyHome 2
◾Permohonan pembeli yang telah
    disemak akan dibawa kepada
    Jawatankuasa Pemilihan Pembeli Skim
    MyHome yang dipengerusikan oleh
    Timbalan Ketua Pengarah
    (Pembangunan) JPN, KPKT dan
    dianggotai oleh Wakil Kementerian
    Kewangan, Wakil Kerajaan Negeri/
    Lembaga Perumahan Berkaitan/ Wakil
    Bahagian Dasar KPKT dan Wakil Pemaju      Perumahan berkaitan.

​Ciri-Ciri Rumah Mampu Milik Skim MyHome 

Ciri-ciri rumah mampu milik di bawah Skim MyHome adalah seperti berikut:

1. MyHome 1
Harga Pasaran: RM 80,000 - RM 120,000
Harga Sebenar Pembeli: RM 50,000 - RM 90,000
Keluasan Minimum (kps): 800
Pendapatan Bulanan Isi Rumah: RM 3,000 - RM 4,000

2. MyHome 1 (Sabah & Sarawak)
Harga Pasaran: RM 90,000 - RM 120,000
Harga Sebenar Pembeli: RM 60,000 - RM 90,000
Keluasan Minimum (kps): 800
Pendapatan Bulanan Isi Rumah: RM 3,000 - RM 4,000

3. MyHome 1 (WP Kuala Lumpur)
Harga Pasaran: RM 80,000 - RM 150,000
Harga Sebenar Pembeli: RM 50,000 - RM 120,000
Keluasan Minimum (kps): 800
Pendapatan Bulanan Isi Rumah: RM 3,000 - RM 4,000

4. MyHome 2
Harga Pasaran: RM 120,001 - RM 200,000
Harga Sebenar Pembeli: RM 90,001 - RM 170,000
Keluasan Minimum (kps): 850
Pendapatan Bulanan Isi Rumah: RM 4,001 - RM 6,000

5. MyHome 2 (Sabah & Sarawak)
Harga Pasaran: RM 120,001 - RM 250,000
Harga Sebenar Pembeli: RM 90,001 - RM 220,000
Keluasan Minimum (kps): 850
Pendapatan Bulanan Isi Rumah: RM 4,001 - RM 6,000

6. MyHome 2 (WP Kuala Lumpur)
Harga Pasaran: RM 150,001 - RM 300,000
Harga Sebenar Pembeli: RM 120,001 - RM 270,000
Keluasan Minimum (kps): 850
Pendapatan Bulanan Isi Rumah: RM 4,001 - RM 6,000

◾Rumah-rumah yang dibina di bawah
     Skim MyHome dilengkapi dengan 3 bilik
     tidur dan 2 bilik air

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Senarai dokumen sokongan yang perlu dimuat naik ke Sistem MyHome bagi pemohon dan pasangan (jika berkenaan):

◾Salinan kad pengenalan pemohon dan
     pasangan
◾Salinan surat nikah/sijil nikah (Jika
     berkenaan)
◾Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU
     (Jika berkenaan)
◾Salinan surat akuan sumpah bekerja
     sendiri
◾Salinan surat pengesahan majikan
◾Salinan penyata gaji terbaru
◾Salinan penyata KWSP atau penyata
     cukai pendapatan
◾Salinan surat pencen (Jika berkenaan)
◾Salinan kad pengenalan/MyKid/sijil
     kelahiran
◾Salinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit
    Pusat (CCRIS) pemohon dan pasangan

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

Unit MyHome
Bahagian Pengurusan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No.51, Persiaran Perdana
Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
MALAYSIA
Tel: 603 - 8891 4027/4020/4054/4316

Selamat membuat permohonan Skim MyHome secara online!

No comments

Powered by Blogger.