Permohonan Sukarelawan Pertahanan Awam Malaysia (APM) 2018 Online

Permohonan Sukarelawan Pertahanan Awam Malaysia (APM) 2018 Online|APA itu APM? Adakah anda berminat dan berkelayakan menjadi sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)? Berita baik untuk anda, bagi yang berminat menyertai APM, anda boleh membuat permohonan anggota sukarelawan APM secara online di Portal ASPA. Objektif Sukarelawan Pertahanan Awam Malaysia ditubuhkan bagi melatih orang awam dalam menghadapi bencana/operasi samada sebelum, semasa atau selepas peperangan/aman. Selain itu, melakukan tugas-tugas menyelamat semasa bencana/operasi menyelamat.

Permohonan Sukarelawan Pertahanan Awam Malaysia (APM) 2018 Online

Sukarelawan Pertahanan Awam adalah merupakan orang awam yang mendaftar menjadi anggota Pertahanan Awam di mana-mana Pejabat Pertahanan Awam yang sedia ada.

Permohonan Sukarelawan Pertahanan Awam Malaysia (APM) 2018 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting meliputi cara permohonan dan syarat kelayakan sukarelawan APM:

1. Pemohon perlu pergi ke Portal Rasmi
    ASPA seperti berikut:
KLIK: 👉 http://aspa.civildefence.gov.my/

2. Klik pada pautan Permohonan 
    Pendaftaran ASPA untuk pendaftaran
    permohonan.

3. Lengkapkan maklumat pada ruangan
    yang bertanda * dengan tepat.

Permohonan Sukarelawan Pertahanan Awam Malaysia (APM) 2018 Online

4. Setelah siap diisi, tekan pada butang
    'SIMPAN' untuk pendaftaran maklumat.

Syarat Kelayakan Permohonan Sukarelawan APM

Antara syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia berumur 18
    tahun ke atas
2. Tidak menyertai badan beruniform yang
     lain
3. Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan
    fizikal
4. Kelulusan akademik sekurang-kurangnya
    SRP/LCE/PMR

Kemudahan-Kemudahan

Antara kemudahan yang boleh dinikmati untuk anggota Sukarelawan APM:

◾Mendapat rawatan percuma di Hospital
     Kerajaan
◾Mendapat elaun berkhidmat
◾Mendapat Uniform percuma
◾Menerima bounti (Saguhati) tahunan
◾Pegawai dan anggota dapat berkhidmat
    di seluruh Malaysia kerana
    Pejabat/Cawangan Pertahanan Awam
    terdapat di seluruh Malaysia

Semakan Status Permohonan Sukarelawan APM Online

Untuk membuat semakan status permohonan Sukarelawan APM, sila rujuk di http://aspa.civildefence.gov.my/force/aspa/checkapplication.

Permohonan Sukarelawan Pertahanan Awam Malaysia (APM) 2018 Online

Cara Hubungi

Untuk Makluman Lanjut, sila Hubungi :

Cawangan Perkhidmatan & Tatatertib Pasukan
Bahagian Pengurusan Angkatan,
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,
Jalan Padang Tembak
50556 Kuala Lumpur.
No Tel : 03-2687 1309/ 1310
Email : cpt_ippa@civildefence.gov.my

Selamat membuat permohonan Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) secara online! Selamat mencuba!

No comments

Powered by Blogger.