Permohonan TAWAS Tabung Warisan Anak Selangor 2018 Online

Permohonan TAWAS Tabung Warisan Anak Selangor 2018 Online|APA itu program TAWAS? Bagaimana cara untuk membuat permohonan TAWAS? TAWAS atau singkatan Tabung Warisan Anak Selangor merupakan antara program penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Fasa 1 yang bertujuan untuk membantu rakyat dengan menerima bantuan kewangan sebanyak RM 1,500 melalui TAWAS setelah mencapai usia 18 tahun kelak. Untuk makluman anda, program ini dikendalikan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan terbuka kepada mereka yang lahir di Selangor dengan syarat-syarat tertentu.

Permohonan TAWAS Tabung Warisan Anak Selangor 2018 Online

Bermula dari 1hb Mac 2014, YAWAS telah memperkenalkan Skim Khairat Kematian TAWAS bernilai RM 1,500.00 yang akan diberikan kepada waris Ahli TAWAS sekiranya ahli meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun. Bagi yang ingin mohon Bantuan Anak Selangor 2018, sila rujuk di Bantuan Anak Selangor 2018.

Permohonan TAWAS Tabung Warisan Anak Selangor 2018 Online

Berikut dikongsikan cara permohonan dan syarat kelayakan serta dokumen penting permohonan TAWAS:

Cara Permohonan TAWAS 2018 Online

Permohonan untuk menjadi ahli TAWAS boleh dilakukan di TIGA tempat iaitu:

1. Permohonan Secara Online
2. Pejabat Pusat Khidmat DUN Berhampiran
3. Pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor

Dokumen Penting Yang Diperlukan

Anda hanya perlu menyediakan SALINAN DOKUMEN seperti berikut :

1. MyKad Ibu dan Bapa
2. MyKid atau Surat Lahir Anak
3. Surat Pengakuan Anak Angkat ( Jika
    Perlu )

Syarat Kelayakan Permohonan TAWAS

Syarat 1:
Permohonan adalah terbuka kepada Anak Selangor yang bermaksud rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia, DAN Lahir di
    negeri Selangor atau luar negeri Selangor
    mulai 1hb Januari 2008.
2. Belum mencapai usia 3 tahun.
3. Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor,
    ATAU Ibu atau Bapa lahir di Wilayah
    Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1hb
    Februari 1974.

Syarat 2:
Permohonan adalah terbuka kepada 'Anak yang dilahirkan di Selangor' yang memenuhi kriteria seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia.
2. Lahir di negeri Selangor mulai 1hb
    Januari 2008.
3. Belum mencapai usia 3 tahun
4. Ibu dan bapa bukan kelahiran Selangor
    tetapi telah menetap di Negeri Selangor
    minimum 5 tahun DAN
5. Cop pengesahan Taraf mastautin. Cop
    boleh diambil dari :-

i. Ahli Parlimen Selangor
ii.Pusat Khidmat DUN Selangor
iii.Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di
    kawasan tempat tinggal
iv.Penghulu/Ketua Kampung
v. Pengerusi Taman Perumahan/Ketua Blok
vi.Ketua Komuniti/Nazir Masjid

Syarat 3:
1. Warganegara Malaysia.
2. Lahir di luar Negeri Selangor, daerah
    negeri lain yang bersempadan dengan
    negeri Selangor iaitu (Negeri Sembilan,
    Perak dan Wilayah Pesekutuan Kuala
    Lumpur) yang sama dengan ibu atau
    bapa mulai 1hb Januari 2008.
3. Belum mencapai usia 3 tahun
4. **Ibu/Bapa yang lahir di daerah negeri
    lain yang sama didaftarkan (merujuk
    kepada perkara 1) dan sedang menetap
    di daerah sempadan yang sama

**Ini merujuk kepada contoh berikut :-
Anak lahir di sempadan Selangor iaitu Negeri Sembilan, DAN; Ibu/Bapa mestilah lahir di Negeri Sembilan (sama dengan anak yang ingin didaftarkan) serta perlulah menetap di Selangor yang beralamat di daerah sempadan yang sama (Negeri Sembilan) dan perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin hanya daripada :-

i.Penghulu/Ketua Kampung
ii. Pengerusi Taman Perumahan/Ketua Blok
iii.Ketua Komuniti/Nazir Masjid

Semakan Status Permohonan TAWAS Online

1. Untuk membuat semakan status
    permohonan TAWAS, anda perlu pergi ke
    pautan seperti berikut:
KLIK: SEMAKAN TAWAS

2. Masukkan No. MyKid dan tekan pada
    butang 'SEMAK'.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

YAYASAN WARISAN ANAK SELANGOR
Aras 5, Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam, Selangor.
Emel: pertanyaan.yawas@gmail.com
No Telefon: 03-5481 8800
No Faks: 03-5524 2068

Semoga perkongsian permohonan TAWAS Tabung Warisan Anak Selangor ini memberi manfaat untuk semua!

No comments

Powered by Blogger.