Semakan CCRIS Secara Online Melalui eCCRIS

Semakan CCRIS Secara Online Melalui eCCRIS|APA itu CCRIS? Bagaimana hendak menbuat semakan laporan CCRIS secara online? CCRIS atau Central Credit Reference Information System menyediakan laporan kredit dan diuruskan oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia. Berita baik buat anda yang ingin tahu tentang kredit kewangan anda. Untuk makluman anda, kini anda boleh membuat semakan CCRIS secara online.

Semakan CCRIS Secara Online Melalui eCCRIS

Sedia maklum, sebelum ini rakyat Malaysia hanya memperoleh laporan CCRIS di Ibu Pejabat Bank Negara Malaysia (BNM). Antara maklumat yang akan terpapar dalam laporan kredit CCRIS ialah pinjaman tertunggak, saman, pinjaman PTPTN dan status muflis.

Semakan CCRIS Secara Online Melalui eCCRIS

Berikut dikongsikan cara membuat semakan CCRIS secara online melalui eCCRIS:

Cara Semakan CCRIS Online Melalui eCCRIS

1. Datang sendiri ke Bank Negara Malaysia
    (BNM) untuk mendaftarkan butiran
    peribadi di alamat seperti berikut:

BNMLINK
Jabatan LINK & Pejabat Wilayah
Tingkat Bawah Blok D
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato Onn
50480 Kuala Lumpur

2. Sila daftar sebagai pengguna di Kiosk
    CCRIS.

3. Pada halaman utama, sila pilih bertanda
    CCRIS dan klik butang tersebut.

4. Masukkan No. Kad Pengenalan/ IC dan
    No. Telefon anda. Kemudian, klik pada
    butang 'Teruskan'.

5. Selepas mendaftar, anda akan menerima
    nombor PIN 6 angka di telefon yang telah
    didaftarkan.

Cara Login Masuk Sistem eCCRIS

Berikut adalah cara login masuk sistem eCCRIS:

1. Pertama kali, anda perlu login masuk ke
     laman web
    di https://eccris.bnm.gov.my/ dan klik
    pada 'First Time Login'.

2. Kemudian, pilih 'Kewarganegaraan'
    pada ruangan disediakan. Masukkan No.
    Kad Pengenalan dan No. PIN seperti
    dihantar ke telefon anda.

3. Selepas itu, daftar ID Pengguna dan
    Kata Laluan dan klik butang 'Hantar'.

4. Login semula dengan ID Pengguna dan
    Kata Laluan tadi. Untuk mebdapatkan
    laporan CCRIS, pilih 'CARIAN' dan klik
    pada 'Carian Sendiri'.

5. Tick pada 'I Agree' dan klik pada 'Carian 
    Laporan'.

6. Laporan CCRIS akan dipaparkan di
    screen anda.

Senarai Hutang Yang Termasuk Dalam CCRIS

Berikut adalah senarai hutang yang termasuk dalam CCRIS:

1. Pinjaman Rumah/ Kedai
2. Pinjaman PTPTN
3. Kad Kredit
4. Pembiayaan Pinjaman Peribadi Bank
5. Pembiayaan Untuk Pembelian Kereta

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi BNMTELELINK di talian 1300 - 88 - 5465 atau emel: bnmtelelink@bnm.gov.my

Selamat membuat semakan CCRIS secara online melalui eCCRIS!

No comments

Powered by Blogger.