Semakan Kelayakan Menduduki UKSBP 2018 Fasa 2 Online

Semakan Kelayakan Menduduki UKSBP 2018 Fasa 2 Online|ADAKAH anda telah membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 tahun 2018? Bilakah tarikh semakan kelayakan menduduki UKSBP Fasa 2 tahun 2018? Untuk makluman anda, semakan keputusan kelayakan menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Beasrama Penuh (UKSBP) Fasa 2 2018 boleh dibuat secara online mulai 20 Januari hingga 24 Januari 2018.

Semakan Kelayakan Menduduki UKSBP 2018 Fasa 2 Online

Apa itu UKSBP? UKSBP adalah merupakan satu syarat kemasukan ke SBP yang baru diperkenalkan pada tahun ini dimana ia adalah satu ujian saringan yang diwujudkan kepada murid yang terpilih sahaja. Bagi mereka yang berjaya dalam UKSBP mempunyai peluang tinggi mendapat tawaran kemasukan ke SBP.

Semakan Kelayakan Menduduki UKSBP 2018 Fasa 2 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan tarikh dan aplikasi semakan keputusan kelayakan menduduki UKSBP 2018 secara online:

◾ Tarikh Semakan: 20 Januari hingga 24
      Januari 2018
◾ Aplikasi Semakan:
KLIK: 👉 SEMAKAN UKSBP

Cara Semakan Keputusan Kelayakan Menduduki UKSBP 2018 Fasa 2

1. Pemohon perlu membuat semakan
    UKSBP melalui pautan seperti berikut:
KLIK: 👉 SEMAKAN UKSBP

2. Masukkan Angka Giliran UPSR 2017 dan
    klik pada butang 'Klik Untuk Semak'.

Syarat Pemilihan Kemasukan Ke SBP


Berikut adalah syarat pemilihan kemasukan ke SBP bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4:

Pemilihan Tingkatan 1

◾Mestilah Warganegara Malaysia
◾Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
◾Berada dalam set toleransi Graf Toleransi      UKSBP
◾Cemerlang akademik
◾Aktif dalam kokurikulum

Pemilihan Tingkatan 4

◾Mestilah Warganegara Malaysia
◾Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau
     Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
◾Cemerlang akademik
◾Murid lulus saringan/temuduga (bagi
     KISAS)
◾Aktif dalam kokurikulum

Lokasi dan Tarikh UKSBP Fasa 2

Untuk makluman anda, UKSBP akan dijalankan di 69 pusat iaitu di semua SBP di seluruh Malaysia. Tarikh ujian adalah pada 23 dan 24 Januari 2018.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila layari laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di www.moe.gov.my atau hubungi BPSBPSK KPM di talian hotline 03 - 8321 7400.

Selamat membuat Semakan Kelayakan Menduduki UKSBP 2018 Fasa 2 secara online! Semoga anda berjaya menduduki UKSBP Fasa 2!

No comments

Powered by Blogger.