Semakan Senarai Hitam Imigresen dan PTPTN Online

Semakan Senarai Hitam Imigresen dan PTPTN Online|ADAKAH anda pernah membuat permohonan pinjaman PTPTN? Bagaimana cara untuk membuat semakan blacklist imigresen secara online? Perhatian buat anda yang ingin bercadang ke luar negara. Sebelum anda ingin ke luar negara, pastikan anda tidak disenarai hitam oleh agensi kerajaan seperti LHDN, PTPTN, PDRM dan perintah mahkamah ataupun diistiyhar sebagai muflis.

Semakan Senarai Hitam Imigresen dan PTPTN Online

Untuk makluman anda, kini Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menyediakan kemudahan kepada orang awam untuk membuat semakan status senarai hitam 'blacklist' Imigresen atau semakan status kawalan untuk perjalanan ke luar negara secara online. Selain itu, pihak PTPTN juga menyediakan aplikasi semakan status senarai hitam PTPTN bagi peminjam PTPTN.

Semakan Senarai Hitam Imigresen dan PTPTN Online

Antara punca utama nama anda disenarai hitam adalah berpunca dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran, Jabatan Kastam, LHDNM dan PTPTN.

A. Aplikasi Semakan Senarai Hitam 
    Imigresen Online

Berikut dikongsikan cara semakan senarai hitam imigresen secara online:

1. Anda perlu layari Portal Rasmi Jabatan
    Imigresen Malaysia melalui pautan
    berikut:
KLIK: 👉 SEMAKAN SENARAI HITAM IMIGRESEN

2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan
    tekan pada butang 'SEMAK'.

Nota:
Kaedah alternatif lain dalam membuat semakan status imigresen adalah dengan menghubungi Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) di 03 - 8880 1000.

B. Aplikasi Semakan Senarai Hitam 
    PTPTN Online

Untuk makluman, peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan akan disenarai hitamkan secara berperingkat. Berikut adalah cara semakan senarai hitam PTPTN secara online:

1. Anda perlu layari Portal Rasmi PTPTN
    melalui pautan seperti berikut:
KLIK: 👉 SEMAKAN SENARAI HITAM PTPTN

2. Masukkan No. Kad Pengenalan, No.
    Telefon dan Emel. Klik pada butang
    'Hantar'.

Info:
Kaedah alternatif lain dalam membuat semakan status PTPTN adalah dengan menghubungi Careline PTPTN di talian 03 - 2193 3000 atau hadir di kaunter PTPTN.

Punca Individu Disenarai Hitamkan

Berikut adalah punca atau sebab individu disenarai hitam atau dilarang ke luar negara:

◾Gagal membayar cukai pendapatan
◾Gagal membayar pinjaman PTPTN
◾Terlibat dalam kes jenayah
◾Bankrap atau muflis
◾Menetap melebihi had yang dibenarkan
    di luar negara

Semoga perkongsian Semakan Senarai Hitam Imigresen dan PTPTN ini memberi manfaat untuk semua!

No comments

Powered by Blogger.