Contoh Surat Permohonan Kerja Kosong Yang Mudah

Contoh Surat Permohonan Kerja Kosong Yang Mudah|ADAKAH anda ingin membuat permohonan kerja kosong? Bagaimana cara mudah membuat surat permohonan kerja kosong? Perhatian buat yang ingin membuat surat permohonan kerja kosong. Kali ini saya akan kongsikan cara membuat surat permohonan kerja dengan mudah dan terbaik. Semoga panduan surat mohon kerja kosong ini dapat memudahkan anda mencari jawatan kosong.

Contoh Surat Permohonan Kerja Kosong Yang Mudah

Contoh Surat Permohonan Kerja Kosong Yang Mudah

Kassim Bin Baba
No. 1234 Lorong Sentosa,
Taman Sentosa,
09000 Kulim,
Kedah Darul Aman

_____________________________________________

Pengurus Besar
RXR Auto Service,
No. 1234 Jalan Semarak,
Taman Semarak,
09000 Kulim,
Kedah Darul Aman

5 Januari 2018

Tuan/Puan,

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG SEBAGAI TECHNICIAN

Merujuk perkara di atas, saya Kassim Bin Baba (No. KP 960578075501) dengan sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan sebagai technician di organisasi tuan.

2. Untuk makluman anda, saya sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Technician di sebuah auto service di Juru. Saya juga mempunyai pengalaman dan kemahiran yang luas dalam bidang automotif.

3. Saya yakin dengan kelayakan saya ini dapat memenuhi syarat-syarat dan kehendak jawatan yang sedia ada. Menjadi hasrat saya untuk bekerja dengan organisasi tuan yang mempunyai reputasi cemerlang dalam pentadbiran dan servis.

4. Untuk memudahkan pihak tuan/puan, saya juga menyertakan resume serta lampiran sijil-sijil yang disahkan untuk rujukan tuan/puan. Saya amat berbesar hati agar tuan/puan menghubungi saya di talian xxxxxx untuk tindakan lanjut.

Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya. Segala kerjasama daripada tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
....................................
(KASSIM BIN BABA)
No. KP: 960578075501

Semoga perkongsian Contoh Surat Permohonan Kerja Kosong ini menjadi panduan dan rujukan untuk semua!

1 comment:

  1. terima kasih atas panduan ini. sangat membantu saya.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.