Jadual Waktu Perjalanan TTA PLUS Tahun Baru Cina 2018

Jadual Waktu Perjalanan TTA PLUS Tahun Baru Cina 2018|BILAKAH tarikh sambutan perayaan Tahun Baru Cina tahun 2018? Adakah anda telah membuat perancangan waktu perjalanan balik kampung sempena perayaan Tahun Baru Cina 2018? Untuk makluman anda, pihak PLUS menyarankan orang ramai supaya merancang perjalanan balik kampung sempena perayaan Tahun Baru Cina 2018 berdasarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk mengelakkan kesesakan jalan raya.

Jadual Waktu Perjalanan TTA PLUS Tahun Baru Cina 2018

Tahun Baru Cina 2018 di Malaysia adalah pada 16 dan 17 Februari 2018 (Jumaat dan Sabtu). TTA yang dikeluarkan oleh PLUS bagi perjalanan Lebuhraya Utara-Selatan pada 9 hingga 25 Februari 2018. Hari Isnin pada 19 Februari 2018 adalah merupakan cuti umum ganti untuk negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor.

Jadual Waktu Perjalanan TTA PLUS Tahun Baru Cina 2018

Berikut dikongsikan jadual Cadangan Waktu Perjalanan TTA PLUS sempena perayaan Tahun Baru Cina 2018 dari 9 hingga 25 Februari 2018:

◾Tarikh Perayaan Tahun Baru Cina: 16
     dan 17 Februari 2018 (Jumaat dan Sabtu)

Berdasarkan jadual TTA, orang ramai dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi yang jauh seperti Johor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara disarankan memasuki Lebuhraya Utara-Selatan lebih awal iaitu sebelum jam 10 pagi.

Manakala, dari Lembah Klang menuju ke destinasi yang lebih dekat seperti Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak Tengah dan Perak Selatan disarankan memasuki lebuhraya selepas jam 10 pagi.

Jadual Waktu Perjalanan TTA PLUS Tahun Baru Cina 2018

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila layari laman Twitter PLUS www.twitter.com/plustrafik atau hubungi talian bebas tol PLUSLINE 1800 - 88 - 0000

Semoga perkongsian Jadual Waktu Perjalanan TTA PLUS Tahun Baru Cina 2018 ini memberi manfaat untuk semua! Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia berbangsa Cina!

No comments

Powered by Blogger.