Panduan Bayaran PTPTN Melalui JomPay PTPTN

Panduan Bayaran PTPTN Melalui JomPay PTPTN|APA itu JomPay PTPTN? Bagaimana cara membayar PTPTN melalui JomPay PTPTN secara online? Perhatian buat anda yang ingin membuat bayaran balik PTPTN melalui JomPay PTPTN. Untuk makluman anda, kini anda boleh membuat bayaran balik pinjaman PTPTN melalui perkhidmatan JomPay. Perkhidmatan JomPay ini tersedia kebanyakan online banking termasuk CIMB, MayBank, BSN dan sebagainya.

Panduan Bayaran PTPTN Melalui JomPay PTPTN

JomPAY ialah satu inisiatif Nasional yang disokong oleh bank-bank di Malaysia untuk mewujudkan satu kaedah pembayaran melalui online dan telefon mudah alih di Malaysia. Perkhidmatan JomPay adalah percuma. Tiada caj dikenakan bagi bayaran balik pinjaman dan penambahan deposit SSPN1M-i/ SSPN1M-i Plus.

Panduan Bayaran PTPTN Melalui JomPay PTPTN

Berikut dikongsikan cara panduan bayaran balik pinjaman PTPTN melalui JomPay PTPTN:

1. Anda perlu layari Portal Rasmi PTPTN
    melalui pautan seperti berikut:
KLIK: 👉http://semakanonline.ptptn.gov.my/jompay/index.php

2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan
    tekan pada butang 'CARI'.

Panduan Bayaran PTPTN Melalui JomPay PTPTN

3. Kemudian, dapatkan Biller Code dan
    Ref-1 melalui Semakan JomPay.

Panduan Bayaran PTPTN Melalui JomPay PTPTN

4. Daftar masuk perbankan internet
> Pilih Bill Payment > Cari menu JomPay

5. Mulakan transaksi bayaran
> Masukkan Biller Code, Ref-1 dan Ref-2

Info:
*Ref-1 diperolehi dari Langkah No. 3
  manakala Ref-2 adalah No. Telefon anda
  terkini

6. Masukkan jumlah bayaran yang anda
    mahukan dan Biller Nickname, contoh:
    JomPay PTPTN.

7. Seterusnya, klik pada 'Proceed to 
    Payment'.

8. Masukkan No. TAC yang dihantar di
    screen anda dan klik pada butang
    'Confirm'.

9. Kemaskini sebagai favourites untuk
    bayaran seterusnya.

10. Selesai. Anda telah berjaya membuat
      bayaran melalui perkhidmatan JomPay!

Senarai Bank Menyediakan Perkhidmatan JomPay

Panduan Bayaran PTPTN Melalui JomPay PTPTN

Maklumat Penting Mengenai Perkhidmatan JomPay

1. Biller Code (PTPTN)
◾ Bayaran Balik Pinjaman Ujrah - 34975
◾ Bayaran Balik Pinjaman Konvensional - 96933
◾ Penambahan Deposit SSPN1M-i - 73197
◾Penambahan Deposit SSPN1M-i Plus - 99960

2. Ref-1 : No. Akaun Pinjaman anda

3. Ref-2 : No. Telefon anda terkini

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan Bayaran Balik PTPTN Melalui Direct Debit Online

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan mengenai PTPTN, sila hubungi careline PTPTN di talian 03 - 2193 3000.

Semoga perkongsian Panduan Bayaran PTPTN Melalui JomPay PTPTN ini memberi panduan dan manfaat untuk anda semua!

No comments

Powered by Blogger.