Panduan Membayar Yuran Pengajian UiTM



Panduan Membayar Yuran Pengajian UiTM|ADAKAH anda berminat menyambung pengajian ke Universiti Teknologi MARA (UiTM)? Bagaimana cara membuat pembayaran yuran pengajian UiTM? Perhatian buat pelajar UiTM yang ingin membuat pembayaran yuran pengajian UiTM. Untuk makluman anda, terdapat beberapa cara untuk membuat pembayaran yuran pengajian bagi pelajar UiTM.

Panduan Membayar Yuran Pengajian UiTM

Antara TIGA (3) cara untuk membuat pembayaran yuran pengajian UiTM ialah melalui kaunter Bank Islam, ATM Machine dan perbankan internet. Sebelum itu, pastikan anda menyemak dahulu yuran pengajian terlebih dahulu di student portal melalui pautan DISINI.

Panduan Membayar Yuran Pengajian UiTM

Berikut dikongsikan cara atau panduan membayar yuran pengajian UiTM melalui TIGA (3) cara iaitu:

A. Melalui Kaunter Bank Islam

1. Anda boleh layari melalui pautan
    di Student Portal.

2. Masukkan Nombor Pelajar pada ruangan
    disediakan.

3. Klik pada butang 'Bil Pelajar' dibahagian
    'Maklumat Bil'.

4. Kemudian, cetak bil tersebut dan buat
    bayaran di kaunter Bank Islam.

B. Melalui ATM Machine

1. Pertama kali, masukkan kad dan pin
    keselamatan.

2. Pilih Menu > klik Lain > klik 
    Pembayaran Bil / Yuran IPT

3. Kemudian, masukkan No. Kad
    Pengenalan pelajar.

4. Pilih bil yang perlu dibayar dan simpan
    slip untuk rujukan.

C. Melalui Perbankan Internet

1. Anda boleh layari melalui pautan
    di https://www.bankislam.biz/.

2. Klik 'Internet Banking Login'.

3. Masukkan User ID (Username) dan klik
    Login.

4. Kemudian, masukkan Password dan klik
    Login.

5. Pilih Bill Payment dan klik Bill 
    Presentment.

6. Pilih Universiti Teknologi MARA pada
    bahagian senarai perkhidmatan.

7. Masukkan No. Kad Pengenalan Pelajar
    dan klik 'Next'.

8. Pilih Bil yang hendak dibayar dan klik
    'Pay'.

9. Pilih sumber akaun untuk membuat
    pembayaran dan klik 'Pay' untuk
    meneruskan pembayaran.

10. Request IAC Number dan masukkan
      IAC Number. Kemudian, klik 'Confirm'.

11. Cetak slip bayaran untuk rujukan.

Semoga perkongsian Panduan Membayar Yuran Pengajian UiTM ini memberi manfaat untuk semua pelajar UiTM!

No comments

Powered by Blogger.