Panduan Tukar Nama Geran Kereta dan Motor Pemilik Meninggal Dunia

Panduan Tukar Nama Geran Kereta dan Motor Pemilik Meninggal Dunia|ADAKAH anda pernah menukar nama pemilik geran kereta dan motor? Bagaimana cara menukar nama pemilik geran kereta dan motor yang meninggal dunia? Panduan buat anda yang ingin menukar nama geran kereta motor. Untuk makluman anda, individu yang ingin menukar nama pemilik geran kereta atau motor yang meninggal dunia perlu mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Panduan Tukar Nama Geran Kereta dan Motor Pemilik Meninggal Dunia

Anda diingatkan menukar hakmilik kenderaan sekiranya anda menggunakan kenderaan tersebut untuk aktiviti harian.

Panduan Tukar Nama Geran Kereta dan Motor Pemilik Meninggal Dunia

Berikut dikongsikan cara atau panduan menukar nama geran kereta motor pemilik meninggal dunia:

Senarai Borang dan Dokumen Pertukaran Hak Milik Geran

Antara senarai borang dan dokumen pertukaran nama geran kereta dan motor pemilik meninggal dunia adalah:

◾Dua salinan borang JPJK3A yang telah
     diisi dengan lengkap dan ditandatangani
     oleh pemilik baru
KLIK: 👉 Borang JPJ K3A

◾Dua salinan borang Senarai Semak TM-3
KLIK: 👉 Borang TM-3

◾Perakuan Pendaftaran Kenderaan Asal
     atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)

◾Dokumen pengesahan pemilikan yang
     asal
👉 Surat perintah mahkamah
👉 Surat akuan / arahan oleh Amanah
      Rakyat Berhad
👉 Surat Geran Probet

◾Laporan B5 Pemeriksaan Tukar Milik
     oleh PUSPAKOM yang masih sah

Pemohon diingatkan perlu hadir sendiri ke cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi proses pertukaran hak milik geran.

Info:
Bagi mendapatkan keterangan serta maklumat terkini mengenai permohonan ini perlu merujuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Semoga perkongsian Panduan Tukar Nama Geran Kereta dan Motor Pemilik Meninggal Dunia ini memberi manfaat untuk anda semua!

1 comment:

Powered by Blogger.