Permohonan egTukar 2018 Pertukaran Guru Online

Permohonan egTukar 2018 Pertukaran Guru Online|ADAKAH anda seorang guru dan berminat untuk membuat permohonan pertukaran sekolah? Perhatian buat guru yang ingin memohon pertukaran sekolah. Menerusi Portal egTukar KPM, permohonan egTukar sesi Januari 2018 akan dibuka secara online mulai 18 Februari hingga 25 Mac 2018.

Permohonan egTukar 2018 Pertukaran Guru Online

Sedia maklum, egTukar merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dibawah Pengurusan Guru. Modul ini melibatkan pengurusan pertukaran guru di Malaysia yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di Bahagian, Negeri, Daerah dan Sekolah) dan guru.

Permohonan egTukar 2018 Pertukaran Guru Online

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan tarikh penting dan aplikasi permohonan:

◾ Tarikh Permohonan: 18 Februari hingga
      25 Mac 2018
◾ Aplikasi Permohonan:
KLIK: 👉 https://epgo.moe.gov.my

Cara Permohonan egTukar 2018 Pertukaran Guru Online

1. Pemohon perlu layari laman web
    permohonan egTukar melalui pautan:
KLIK: 👉 https://epgo.moe.gov.my/

2. Kemudian, daftar masuk dengan
    menggunakan ID Pengguna, Kata Laluan
    dan No. KP.

3. Pemohon perlu melengkapkan segala
    maklumat atau butiran yang diperlukan.

Kriteria Melayakkan Guru Lulus Bertukar Ke Negeri Lain

Terdapat tiga kriteria utama yang melayakkan guru lulus bertukar ke negeri yang dimohon iaitu:

1. Kepentingan perkhidmatan
2. Kekosongan jawatan
3. Keperluan opsyen di negeri yang
    dimohon

Jenis Guru Layak Membuat Permohonan Pertukaran Guru

1. Guru Penolong Gred DG29
2. DG32 (KUP TIME-BASED)
3. DG34 (KUP TIME-BASED)
4. DG38 (KUP TIME-BASED)
5. DG41
6. DG42
7. DG44 (KUP TIME-BASED)
8. DG48 (KUP TIME-BASED)
9. DG52 (KUP TIME-BASED)
10. DG54 (KUP TIME-BASED)

Semakan Keputusan egTukar Sesi Januari 2018

*Tarikh semakan keputusan egTukar sesi Januari 2018 dijangka pada bulan April 2018

Selamat membuat permohonan egTukar 2018 Pertukaran Guru secara online! Semoga permohonan pertukaran guru anda diluluskan!

No comments

Powered by Blogger.