Permohonan Kad Debit Pelajar Online KADS1M 2020



Permohonan Kad Debit Pelajar Online KADS1M 2020|BILAKAH tarikh permohonan Kad Debit Pelajar KADS1M tahun 2020? Bagaimana cara mendaftar Kad Debit Pelajar secara online? Perhatian buat pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia. Sepertimana yang diketahui dalam Bajet 2018, Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) telah menggantikan baucer buku 1Malaysia mulai tahun 2017.

Permohonan Kad Debit Pelajar Online KADS1M 2018

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diwujudkan untuk membantu meringankan perbelanjaan siswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara. Sedia maklum, setiap pelajar akan menerima KADS1M bernilai RM 250 sahaja. Bantuan Pendidikan Tinggi atau BPPT akan dikreditkan terus ke dalam pemegang KADS1M sedia ada mulai 15 Mac 2018 jam 4 petang. Bagi penerima BPPT baharu, pelajar boleh menyemak kelayakan bermula 1 April 2018. Sekiranya layak, pelajar boleh terus membuat permohonan.

Permohonan Kad Debit Pelajar Online KADS1M 2020

Berikut dikongsikan maklumat penting mengenai cara permohonan, syarat kelayakan permohonan serta dokumen penting:

Cara Permohonan Kad Debit Pelajar KADS1M 2020

Berikut dikongsikan cara permohonan Kad Debit Pelajar KADS1M 2020 secara online:

1. Anda perlu isi borang permohonan
    secara online melalui pautan
    di http://www.bankrakyat.com.my

2. Isikan maklumat yang diperlukan
    dengan lengkap dan tepat.

3. Kemudian, pemohon perlu menunggu
    email dari Bank Rakyat mengenai
    pengambilan KADS1M tersebut.

4. Status permohonan akan disahkan
    melalui emel permohonan oleh Bank
    Rakyat.

Syarat Kelayakan Permohonan KADS1M 2020

1. Semua pelajar IPT awam dan swasta yang mengikuti pengajian jangka panjang peringkat sijil, diploma atau ijazah ke atas yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas layak mendapat KADS1M.

2. Terpakai bagi pelajar-pelajar IPT yang diiktiraf oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian / Agensi lain yang berkaitan.

Dokumen Yang Diperlukan

Antara dokumen diperlukan ketika pengambilan KAD1SM Debit:

Umur di bawah 18 tahun:
◾MyKad ( Asal & 1 Salinan )
◾Kad Pelajar ( Asal & 1 Salinan )
◾Sijil Kelahiran ( Asal & 1 Salinan )

Umur 18 tahun dan ke atas:
◾MyKad ( Asal & 1 Salinan )
◾Kad Pelajar ( Asal & 1 Salinan )

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan mengenai KADS1M, sila hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1300 80 5454.

Selamat membuat permohonan Kad Debit Pelajar KADS1M 2020 secara online!

2 comments:

  1. Masih ada lagi ke.. Saya ad terbaca satu artikel dimana kads1m akan ditukar semula kepda baucer buku.. Betul ke? Bg yg sudah ad kads1m perlu ke kami dftar lagi.. Atau biarkan shj?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.