Permohonan KKTM IKM MJII Sesi Julai 2018 Online

Permohonan KKTM IKM MJII Sesi Julai 2018 Online|ANDA berminat menyambung pengajian ke KKTM, IKM dan MJII? Bilakah tarikh permohonan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Institut Kemahiran MARA (IKM) dan MARA Japan Industrial Institute (MJII) sesi Julai 2018 dibuka? Perhatian buat pelajar lepasan SPM / STPM dan setaraf. Untuk makluman anda, permohonan KKTM, IKM dan MJII sesi Julai 2018 boleh dibuat secara online mulai 15 Mac 2018 hingga 16 April 2018 melalui Aplikasi SPUPIM.

Permohonan KKTM IKM MJII Sesi Julai 2018 Online

Sedia maklum, pengambilan pelajar ke KKTM, IKM dan MJII akan dibuka dua kali setahun iaitu pada sesi JANUARI dan JULAI setiap tahun. Selain membuat permohonan di SPUPIM, anda boleh mohon KKTM, IKM dan MJII melalui UPU Online mulai 5 Februari hingga 10 April 2018. Untuk mengakses borang permohonan UPU secara online, anda perlu membeli No. Pin Unik ID UPU di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Permohonan KKTM IKM MJII Sesi Julai 2018 Online

Berikut dikongsikan cara permohonan KKTM IKM dan MJII sesi Julai 2018 secara online:

A. Melalui SPUPIM

◾ Tarikh Dibuka: 15 Mac 2018
◾ Tarikh Ditutup: 16 April 2018
◾ Aplikasi Permohonan:
KLIK: 👉 SPUPIM

B.  Permohonan UPU Online

◾ Tarikh Dibuka: 5 Februari 2018
◾ Tarikh Ditutup: 10 April 2018
◾ Aplikasi Permohonan:
KLIK: 👉 UPU Online

Syarat Kelayakan Permohonan KKTM IKM MJII

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan KKTM IKM dan MJII:

A. Program Sijil

1. Lulus SPM atau setara (lepasan SPM)
2. Bumiputera
3. Warganegara Malaysia
4. Berumur 18 hingga 40 tahun
5. Sihat tubuh badan
6. Tidak buta warna (bagi kursus elektrik
    dan elektronik)

B. Program Diploma

1. Lulus SPM atau setara (lepasan SPM) atau
    LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi
    Kejuruteraan IKM / Teknologi IKM
    dengan CGPA > 2
2. Bumiputera
3. Warganegara Malaysia
4. Berumur 18 hingga 40 tahun
5. Sihat tubuh badan
6. Tidak buta warna (bagi kursus elektrik
    dan elektronik)

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di Alamat:

Unit Pengambilan Pelajar
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA
Ibu Pejabat MARA
Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur
No. Telefon: 03 - 26134611/4612
No. Faks: 03 - 26914510

Selamat membuat permohonan KKTM IKM MJII Sesi Julai 2018 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran!

No comments

Powered by Blogger.