Permohonan Peperiksaan Perkhidmatan Awam 2020 Online



Permohonan Peperiksaan Perkhidmatan Awam 2020 Online|ADAKAH anda ingin membuat permohonan peperiksaan Perkhidmatan Awam tahun 2020? Bilakah tarikh permohonan peperiksaan Perkhidmatan Awam tahun 2020? Perhatian buat penjawat awam yang ingin menduduki peperiksaan Perkhidmatan Awam 2019. Untuk makluman anda, kini anda boleh membuat permohonan peperiksaan Perkhidmatan Awam 2020 secara online melalui Portal Rasmi JPA.

Permohonan Peperiksaan Perkhidmatan Awam 2018 Online

Sedia maklum, terdapat pelbagai jenis peperiksaan Perkhidmatan Awam iaitu peperiksaan untuk kenaikan pangkat, pengesahan dalam perkhidmatan, peningkatan secara lantikan, faedah kewangan dan BM Khas. Permohonan peperiksaan Perkhidmatan Awam akan dibuka DUA (2) kali dalam setahun.

Permohonan Peperiksaan Perkhidmatan Awam 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting meliputi cara permohonan, syarat kelayakan permohonan dan semakan status permohonan:

Cara Permohonan Peperiksaan Perkhidmatan Awam 2020 Online

1. Sila pilih menu Borang untuk membuat
    permohonan peperiksaan.

2. Skrin borang akan dipaparkan. Hanya
    peperiksaan yang belum ditutup
    permohonannya sahaja akan dipaparkan
    di skrin. Klik butang Hantar untuk ke
    skrin seterusnya.

3. Masukkan maklumat yang diperlukan
    dan sistem akan semak perkara-perkara
    tersebut.

4. Bagi sesuatu jenis peperiksaan, anda
    dibenarkan memohon LEBIH daripada
    SATU (1) bahagian.

5. Pilih bandar dimana peperiksaan akan
    diambil. Bagi calon luar negeri, pilih
    negara tempat anda sedang berkhidmat
    dari senarai yang diberikan.

6. Setelah kesemua maklumat disemak dan
    telah didapati lengkap, klik butang
    Hantar.

7. Slip jawapan penerimaan permohonan
    akan dipaparkan kepada pemohon
    selepas borang dihantar melalui WEB.

8. Slip ini perlu dicetak bagi tujuan bukti
    permohonan.

Syarat Permohonan Peperiksaan Perkhidmatan Awam 

Antara syarat permohonan Peperiksaan Perkhidmatan Awam adalah:

1. Pastikan anda merujuk Jadual Peperiksaan Perkhidmatan Awam yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan Awam bagi tahun yang berkenaan atau melalui laman web JPA untuk mengetahui butir-butir peperiksaan sebelum mengisi borang.

2. Pemohon yang mengisi borang secara online hanyalah mereka yang benar-benar ingin menduduki peperiksaan.

3. Pastikan maklumat yang benar sahaja diisi dalam borang.

4. Sila ambil perhatian bahawa permohonan baru yang dihantar sebelum tarikh tutup peperiksaan akan membatalkan permohonan tuan/ puan yang terdahulu.

Semakan Status Permohonan Peperiksaan Perkhidmatan Awam 

1. Untuk membuat semakan status
    permohonan, pemohon perlu layari
    pautan seperti berikut:
KLIK: 👉 SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik
    pada butang 'Hantar'.

Permohonan Peperiksaan Perkhidmatan Awam 2018 Online

Artikel berkaitan:
👉 Jadual Peperiksaan Perkhidmatan Awam 2020

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan peperiksaan perkhidmatan awam, hubungi:

Sektor Penilaian Kompetensi 
Bahagian Perkhidmatan 
Jabatan Perkhidmatan Awam 
Aras 7, Blok 1, Menara Seri Wilayah
Presint 2, 62100 Putrajaya.
No. Tel. : 03-8000 8000 (1MOCC)
No. Faks. : 03-8324 2577
E-mel : peperiksaan@jpa.gov.my

Selamat membuat permohonan Peperiksaan Perkhidmatan Awam tahun 2020!

No comments

Powered by Blogger.