Permohonan Prasekolah KPM Sesi 2019 Online

Permohonan Prasekolah KPM Sesi 2019 Online|BILAKAH tarikh permohonan Prasekolah sesi 2019 dibuka? Panduan buat ibu bapa dan penjaga yang ingin membuat pendaftaran anak-anak ke Prasekolah KPM. Untuk makluman anda, permohonan Prasekolah KPM sesi 2019 boleh dibuat secara online mulai 1 Mac hingga 30 April 2018.

Permohonan Prasekolah KPM Sesi 2019 Online

Sedia maklum, permohonan secara online melalui aplikasi ePrasekolah boleh dibuat bagi yang berada di Semenanjung Malaysia. Manakala, di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan boleh membuat permohonan secara manual.

Permohonan Prasekolah KPM Sesi 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan tarikh dan aplikasi permohonan serta syarat kelayakan:

◾ Tarikh Permohonan: 1 Mac hingga 30
      April 2018 (Secara Online), 1 Mac hingga
      31 Mei 2018 (Manual)
◾ Aplikasi Permohonan:
KLIK: 👉 ePrasekolah

Cara Permohonan Prasekolah KPM 2019

A. Semenanjung Malaysia

1. Pemohon perlu layari Laman Web Rasmi
    ePrasekolah melalui pautan seperti
    berikut:
KLIK: 👉 ePrasekolah

2. Kemudian, login menggunakan No. Kad 
    Pengenalan dan Kata Laluan yang
    didaftarkan.

3. Isikan maklumat borang pendaftaran
    seperti maklumat prasekolah/tadika,
    profil kesihatan dan rekod imunisasi
    anak.

4. Selepas itu, cetak borang yang telah
    lengkap diisi bersama dokumen yang
    diperlukan.

5. Ibu bapa perlu membawa cetakan
    borang permohonan ke sekolah yang
    dipohon untuk proses Perakuan. Antara
    dokumen-dokumen yang perlu dibawa
    (dokumen asal + 1 salinan):
◾Sijil lahir anak/ sijil anak angkat
◾Kad pengenalan ibu bapa/ penjaga
◾Surat nikah/ surat cerai
◾Bil yang mempunyai alamat tempat
     tinggal
◾Laporan doktor & kad OKU (jika
     berkaitan)

B. Sabah, Sarawak dan Wilayah 
    Persekutuan Labuan

Permohonan kemasukan ke Prasekolah 2019 hendaklah dikemukakan secara manual oleh ibu bapa/penjaga dengan menghadirkan diri di sekolah masing-masing untuk mengisi borang.

Syarat Kelayakan Permohonan Prasekolah

Antara syarat kelayakan permohonan ePrasekolah KPM adalah:

1. Warganegara Malaysia
2. Kanak-kanak yang mencapai umur
    empat tahun pada 1 Januari tahun
    persekolahan semasa

Semakan Pendaftaran Prasekolah Sesi 2019 Online

Semakan keputusan pendaftaran ePrasekolah kebiasaannya boleh dibuat sekitar bulan Julai atau Ogos. Untuk permohonan yang berjaya, anda perlu mencetak surat tawaran dan serahkan borang di sekolah yang dimohon pada hari pendaftaran.

Selamat membuat permohonan ePrasekolah KPM sesi 2019! Semoga anda berjaya dalam permohonan!

No comments

Powered by Blogger.