Permohonan Program Khas Biasiswa Selangorku 2018 Online

Permohonan Program Khas Biasiswa Selangorku 2018 Online|APA itu Program Khas Biasiswa Selangorku? Bagaimana cara membuat permohonan Program Khas Biasiswa Selangorku tahun 2018? Perhatian buat anak Selangor yang ingin memohon Program Khas Biasiswa Selangorku. Untuk makluman anda, permohonan Program Khas Biasiswa Selangorku tahun 2018 kini telah dibuka melalui Portal Rasmi TKWBNS.

Permohonan Program Khas Biasiswa Selangorku 2018 Online

Program ini merupakan satu program Biasiswa khas untuk anak Selangor yang belajar di UNISEL dan KUIS dari luar bandar dan berpendapatan rendah. Keutamaan juga diberikan kepada pelajar yang memperoleh pencapaian akademik yang baik.

Permohonan Program Khas Biasiswa Selangorku 2018 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan cara permohonan, syarat kelayakan dan kadar biasiswa:

Cara Permohonan Program Khas Biasiswa Selangorku 2018

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi
    TKWBNS melalui pautan seperti
    berikut:
KLIK: 👉 Universiti Selangor (UNISEL)
KLIK: 👉 Kolej Universiti Antarabangsa Selangor (KUIS)

2. Kemudian, anda perlu mengisi borang
    permohonan dengan lengkap dan
    hantarkan ke alamat berikut:

👉 Bahagian Hal Ehwal Pelajar UNISEL /
      KUIS

Syarat Kelayakan Permohonan Program Khas Biasiswa Selangorku

Antara syarat kelayakan permohonan Program Khas Biasiswa Selangorku adalah:

A. Syarat Am

◾Pemohon dan ibu bapa merupakan
     Warganegara MALAYSIA; dan
◾Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
◾Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor;
     atau
◾Pemohon telah bermastautin lebih dari
     sebelas (11) tahun di Negeri Selangor
     dengan pengesahan daripada ADUN/
     Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua
     Kampung.
◾Pemohon TELAH MENDAFTARKAN DIRI
     untuk melanjutkan pengajian DIPLOMA
     atau IJAZAH SARJANA MUDA secara
     SEPENUH MASA di Universiti Selangor
     (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam
     Antarabangsa Selangor (KUIS) sahaja
     (pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar
     kampus (PLK) tidak layak memohon)
◾Pemohon yang BELUM MENERIMA
     SEBARANG PEMBIAYAAN
     (BIASISWA/PINJAMAN/ZAKAT DLL) dari
     lain-lain penaja
◾Pemohon yang memperoleh pencapaian
     akademik yang baik akan diberi
     keutamaan
◾Pemohon BUKAN PELAJAR TAHUN
     AKHIR PENGAJIAN / MENGULANG /
     MELANJUTKAN TEMPOH PENGAJIAN
     (EXTEND)

B. Syarat Akademik

1. Ijazah Sarjana Muda Pertama
◾Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas/
     Pra-Ijazah/ Matrikulasi/ Diploma dengan
     kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas; atau

◾Memperoleh sekurang-kurangnya empat
     (4) Gred C dalam mana-mana mata
     pelajaran di peringkat STPM; atau

◾Memperoleh sekurang-kurangnya lima
     (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana
     mata pelajaran di peringkat STAM.

2. Diploma
◾Memperoleh sekurang-kurangnya lima
     (5) kepujian dalam mana-mana mata
     pelajaran di peringkat SPM; atau

◾Memperoleh kelayakan Sijil dengan
     kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.

Kadar Pembiayaan Biasiswa

1. Yuran Pengajian

Mengikut kadar sebenar yuran pengajian dan akan dibayar terus kepada pihak UNISEL/KUIS.

2. Elaun Sara Diri

Elaun Sara Diri berjumlah RM600.00 sebulan yang akan dikreditkan terus ke akaun pelajar.

Selamat membuat permohonan Program Khas Biasiswa Selangorku 2018 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa tersebut!

No comments

Powered by Blogger.