Permohonan Program Khas Selangor Brain Bank 2020 Online



Permohonan Program Khas Selangor Brain Bank 2020 Online|APA itu Program Khas Selangor Brain Bank? Bilakah tarikh permohonan Program Khas Selangor Brain Bank 2020 dibuka? Perhatian buat pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PHD). Untuk makluman anda, permohonan Program Khas Selangor Brain Bank 2020 boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi TKWBNS.

Permohonan Program Khas Selangor Brain Bank 2018 Online

Penubuhan program ini bertujuan untuk menawarkan tajaan biasiswa penuh dalam pengajian Doktor Falsafah (PHD) kepada seluruh rakyat Selangor dan mereka yang bermaustautin dengan status rakyat awam ataupun penjawat awam yang berkelayakan. Calon yang memenuhi syarat kelayakan adalah dipelawa untuk memohon.

Permohonan Program Khas Selangor Brain Bank 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan cara permohonan, syarat kelayakan dan bidang pengajian:

Cara Permohonan Program Khas Selangor Brain Bank 2020

1. Untuk membuat permohonan, anda
    boleh muat turun borang permohonan
    DISINI. (Permohonan belum dibuka)

2. Kemudian, lengkapkan semua dokumen
    dan hantarkan secara serahan tangan
    atau pos ke Alamat:

Urus Setia
Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor
Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan SSAAS
40503 Shah Alam

3. Hanya permohonan yang LENGKAP akan
    diproses.

Syarat Kelayakan Permohonan Program Khas Selangor Brain Bank

Antara syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut:

1. Pemohon dan ibu bapa merupakan
    warganegara Malaysia.
2. Pemohon atau ibu atau bapa lahir di
    Selangor atau pemohon telah
    bermastautin di Selangor melebihi 5
    tahun.
3. Permohonan ini adalah terbuka kepada
    penjawat awam dan orang awam.
4. Berumur tidak melebihi 40 tahun pada
    tahun memulakan pengajian.
5. Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Ijazah
    Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan
    dengan pencapaian CGPA minimum 3.75
    atau yang setaraf dengannya.
6. Telah mendapat tempat pengajian di 50
    universiti terkemuka luar negara dalam
    bidang yang dipohon (mengikut Ranking
    by Subject 2015 Times Higher Education
    atau QS World University Ranking).
7. Mengikuti pengajian secara sepenuh
    masa.
8. Telah mengambil ujian Bahasa Inggeris
    dengan markah minimum iaitu: IELTS
    (6.0)/ TOEFL (550).
9. Keutamaan diberikan kepada calon yang
    mahir dalam lebih daripada satu bahasa
    antarabangsa.
10. Keutamaan diberikan kepada calon
      yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
      atau aktiviti kemasyarakatan atau
      menghasilkan kerja-kerja kreatif dan
      inovatif.
11. Pemohon hendaklah menyertakan
      salinan ’Research Proposal’ yang telah
      diterima oleh Universiti bersama-sama
      dengan borang permohonan. ’Research
      Proposal’ hendaklah menyumbang
      kepada pembangunan Negeri Selangor.
12. Pemohon tidak menerima pembiayaan
      pengajian daripada mana-mana pihak
      lain.
13. Sihat tubuh badan.
14. Tidak mempunyai masalah
       keberhutangan serius atau muflis serta
       tidak terlibat dalam sebarang prosiding
       jenayah.
15. Tidak disenarai hitam oleh mana-mana
       agensi Kerajaan

Bidang Pengajian

A. Skop Smart Selangor

1. Governance
2. Energy And Utility
3. Water Management
4. Waste Management
5. Building And Housing
6. Transport And Mobility
7. Safety And Security
8. Healthcare
9. Disaster Management
10. Food And Agriculture
11. Education

B. Bidang Berkaitan

1. Human & Social Development
2. Culture & Heritage
3. Manufacturing
4. Environment
5. Business
6. Retail
7. Commercial
8. Technology
9. Communication
10. Islamic Affairs

Selamat membuat permohonan Program Khas Selangor Brain Bank 2020 secara online! 

No comments

Powered by Blogger.