Permohonan Rumah Transit Belia Johor 2022 Online



Permohonan Rumah Transit Belia Johor 2022 Online|APA itu Rumah Transit Belia Johor (RTBJ)? Bagaimana cara membuat permohonan Rumah Transit Belia Johor secara online? Perhatian buat golongan belia berumur 18 hingga 30 tahun dan yang ingin memiliki rumah sendiri. Untuk makluman anda, permohonan Rumah Transit Belia Johor 2022 boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi eRumah Johor.

Permohonan Rumah Transit Belia Johor 2018 Online

Sedia maklum, Program Rumah Transit Belia Johor (RTBJ) telah diperkenalkan oleh YAB Menteri Besar Johor pada 23 November 2017 menerusi Ucapan Bajet tahun 2018. Tujuan program ini dilaksanakan bagi mengurangkan bebanan pasangan muda yang berpendapatan rendah dan memberi kemudahan perumahan secara sementara kepada belia yang sudah berkahwin.

Permohonan Rumah Transit Belia Johor 2022 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan cara permohonan Rumah Transit Belia Johor termasuk syarat kelayakan dan lokasi rumah:

Cara Permohonan Rumah Transit Belia Johor 2022

1. Untuk membuat permohonan, anda
    perlu layari melalui pautan seperti
    berikut:
KLIK: 👉 Rumah Transit Belia Johor

2. Anda perlu daftar akaun terlebih dahulu
    sebelum membuat permohonan secara
    online.

3. Kemudian, isikan maklumat borang
    permohonan dengan lengkap.

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Transit Belia Johor 2022

Antara syarat kelayakan permohonan Rumah Transit Belia Johor adalah seperti berikut:

1. Keutamaan diberikan kepada rakyat
    Johor

2. Belia yang berumur 18 hingga 30 tahun
    yang berkahwin

3. Pemohon dan pasangan adalah
    warganegara Malaysia

4. Menetap di negeri Johor lebih 10 tahun
    bagi pemohon yang bukan kelahiran
    negeri Johor

5. Pemohon bekerja di kawasan / negeri
     rumah transit yang dipohon

6. Tiada rekod jenayah

7. Pemohon atau pasangan tidak
    mempunyai rumah sendiri di kawasan /
    negeri rumah yang dipohon

8. Pendapatan isi rumah RM 5,000 ke
    bawah

Senarai Lokasi Rumah Transit Belia Johor

Johor Bahru
◾PPR Tebrau
◾PPR Sri Stulang
◾PPR Pasir Pelangi
◾PPR Tampoi
◾PPR Plentong
◾PPR Sungai Melana

Batu Pahat
◾PPR Yong Peng

Segamat
◾PPR Batu Anam

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor
👉 Permohonan Rumah Mampu Milik Johor

Selamat membuat Permohonan Rumah Transit Belia Johor tahun 2022 secara online! 

No comments

Powered by Blogger.