Semakan BR1M 2018 Status Permohonan dan Rayuan

Semakan BR1M 2018 Status Permohonan dan Rayuan|ADAKAH anda telah membuat permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun 2018? Anda telah membuat semakan status permohonan BR1M 2018? Panduan buat anda yang ingin membuat semakan status permohonan BR1M 2018. Untuk makluman anda, semakan status permohonan BR1M boleh dibuat secara online atau melalui Aplikasi Telefon.

Semakan BR1M 2018 Status Permohonan dan Rayuan

Sedia maklum, jumlah kadar BR1M Bantuan Rakyat 1Malaysia 2018 adalah dikekalkan untuk semua kategori penerima. Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat iaitu pada bulan Februari, Jun dan Ogos 2018. Bagi yang ingin ketahui tarikh dan jadual pembayaran BR1M 2018, sila rujuk DISINI.

Semakan BR1M 2018 Status Permohonan dan Rayuan

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan semakan status permohonan dan rayuan. Maklumat tarikh semakan keputusan rayuan akan dikemaskini selepas diumumkan oleh eBR1M.

Tarikh Semakan Status Permohonan BR1M

Semakan status permohonan BR1M 2018 boleh dibuat pada 19 Februari 2018, hari Isnin jam 12.00 tengahari. Semakan status permohonan BR1M boleh dibuat melalui beberapa kaedah semakan seperti berikut:

A. Semakan Secara Online

1. Anda perlu layari Laman Web eBR1M
    melalui pautan seperti berikut:
KLIK: 👉 MyBR1M

2. Masukkan No. Kad Pengenalan - hanya
    menggunakan MyKad (12 Digit) sahaja.

3. Klik butang 'Log Masuk'.

4. Soalan Keselamatan akan dipaparkan di
    screen anda.

5. Pemohon wajib 2 soalan keselamatan
    dengan betul sebelum dibenarkan masuk
    ke Laman MyBR1M.

Status Keputusan Permohonan BR1M

Berikut adalah status permohonan BR1M yang terpapar setelah semakan dibuat secara online:

👉 Diterima: Permohonan Telah Didaftar
👉 Dalam Proses: Permohonan Dalam
      Proses Semakan Dan Verifikasi
      Kelayakan
 👉 Ditangguhkan: Pemohon Perlu
      Membuat Kemas Kini Maklumat
      Permohonan
👉 Lulus: Permohonan Telah Diluluskan /
     Berjaya
👉 Tidak Lulus: Permohonan Tidak
      Diluluskan / Tidak Berjaya
👉  Status Kredit Tidak Berjaya: Surat
      makluman lulus Gagal Kredit akan dipos
      kepada pemohon dan pemohon perlu
      membawa surat tersebut bersama kad
      pengenalan asal untuk penunaian di
      Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja

B. Semakan Melalui e-Mail

◾Hantar email anda ke alamat
     BRIM@treasury.gov.my mengenai status
     permohonan atau pertanyaan lain.
◾Nyatakan nama penuh dan no kad
    pengenalan dalam email.

C. Semakan Melalui Telefon

◾Nombor hotline Kementerian Kewangan
     Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566
◾Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam
     Negeri (LHDN) 1-800-88-2716

D. Semakan Menggunakan Aplikasi 
    Mobile BR1M

◾Terdapat dua jenis platform yang   
     dibangunkan iaitu Android dan iOS.
◾Pilih Play Store atau App Store dan cari
     'Semakan BR1M'.

Permohonan Rayuan BR1M 2018

Permohonan rayuan BR1M 2018 boleh dibuat di semua cawangan LHDNM pada tarikh yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
KLIK: 👉 Borang Permohonan Rayuan BR1M 2018

Senarai Bank Yang Terlibat Pembayaran BR1M

Berikut adalah senarai bank yang terlibat pembayaran BR1M 2018 untuk rujukan anda:

1. AFFIN BANK
2. AGRO BANK
3. ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
4. AM BANK BERHAD
5. AL RAJHI BANK
6. BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
7. BANK RAKYAT
8. MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
9. BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
10. CIMB BANK BERHAD
11. CITIBANK BERHAD
12. HONG LEONG BANK
13. HONGKONG SHANGHAI BANK
      MALAYSIA BHD
14. MAYBANK
15. OCBC BANK
16. PUBLIC BANK BERHAD
17. RHB BANK BERHAD
18. STANDARD CHARTERED BANK
      MALAYSIA BHD
19. UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA)
      BERHAD

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

◾Nombor Hotline Kementerian Kewangan
     Malaysia: 03 - 8882 4565/03 - 8882 4566
◾Nombor Bebas Tol LHDN: 1-800-88-2716
◾Email: br1m@treasury.gov.my
◾Laman Web: https://ebr1m.hasil.gov.my/

Selamat membuat semakan status permohonan BR1M 2018! Semoga anda berjaya dalam permohonan BR1M!

No comments

Powered by Blogger.