Semakan Status Permohonan e-Kasih 2023 Online



Semakan Status Permohonan e-Kasih 2023 Online|ADAKAH anda telah membuat permohonan bantuan e-Kasih bagi tahun 2023? Bagaimana cara membuat semakan status bantuan e-Kasih secara online? Sedia maklum, e-Kasih merupakan pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan bagi membantu dan membasmi masalah kemiskinan. Untuk makluman anda, semakan status permohonan e-Kasih 2023 boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi e-Kasih.

Semakan Status Permohonan e-Kasih Online

Menerusi Portal Rasmi e-Kasih, semua Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) yang berpendapatan kurang daripada RM 1,500 (bandar) dan RM 1,000 (luar bandar) sebulan. Antara komponen data eKasih terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), maklumat Lokasi, Kediaman, Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan.

Semakan Status Permohonan e-Kasih 2023 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara semakan status permohonan e-Kasih secara online:

Cara Semakan Status e-Kasih 2023 Online

1. Untuk membuat semakan status permohonan e-Kasih, pemohon perlu layari Portal e-Kasih menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 Semakan Status e-Kasih

2. Kemudian, masukkan No. Kad Pengenalan dan 'Klik Untuk Cari'.

3. Maklumat status permohonan anda akan dipaparkan di screen anda.

Ciri-Ciri Utama e-Kasih

Antara ciri-ciri utama e-Kasih adalah seperti berikut:

1. Semakan status kemiskinan secara online
2. Penyelarasan maklumat bantuan
3. Pengemaskinian maklumat kemiskinan
    secara online
4. Pengiraan Status Kemiskinan
    (miskin/miskin tegar) secara automatik
    berdasarkan Pendapatan Garis
    Kemiskinan (PGK) per kapita
5. Penjanaan laporan dan statistik
    kemiskinan
6. Poverty mapping dan pemantauan
    kemiskinan

Selamat membuat Semakan Status Permohonan e-Kasih tahun 2023 secara online! Semoga anda berjaya dalam membuat permohonan e-Kasih!

No comments

Powered by Blogger.