Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu Kenderaan 2020 Online



Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu Kenderaan 2020 Online|ANDA mempunyai lesen memandu kereta dan motor? Bagaimana cara membuat semakan tarikh luput lesen memandu anda? Panduan buat anda yang ingin membuat semakan tarikh luput lesen memandu kenderaan secara online. Untuk makluman anda, kini semakan tarikh luput lesen memandu boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu Kenderaan Online

Anda diingatkan memandu kenderaan tanpa lesen sah atau telah tamat tempoh adalah satu kesalahan jalan raya. Dengan itu, anda perlu perbaharui lesen memandu kenderaan anda yang telah tamat tempoh.

Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu Kenderaan 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara semakan tarikh luput lesen memandu secara online:

1. Anda perlu layari Laman Web Rasmi JPJ melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu

2. Pilih 'Kategori ID' seperti berikut:

◾Malaysian public (MYKAD): Orang Awam Malaysia
◾Temporary resident (MYKAS): Permastautin Sementara
◾Permanent resident (PTM): Permastautin Tetap
◾Police (POL): Polis
◾Military (TEN): Tentera
◾Non Malaysian (LLN): Bukan Warganegara Malaysia

3. Pilih kategori mengikut status anda.

4. Kemudian, masukkan No. Kad Pengenalan / No. IC anda.

5. Isikan 'Kod Securiti' yang dipaparkan di screen.

6. Selepas itu, klik pada butang 'Semak' untuk membuat semakan status.

Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu Kenderaan Online

Selamat membuat Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu secara online!

No comments

Powered by Blogger.