Cara Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Harian dan Sebulan

Cara Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Harian dan Sebulan|BILAKAH tarikh buka puasa bulan Ramadhan tahun 2018 di Malaysia? Berdasarkan Kalendar Islam Malaysia 2018 oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), umat Islam dijangka memulakan puasa bulan Ramadhan 1439 H pada 17 Mei 2018 di seluruh Malaysia. Berikut dikongsikan cara lafaz niat puasa bulan Ramadhan untuk panduan anda.

Cara Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Harian dan Sebulan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang amat mulia dan penuh barakah bagi umat Islam kerana bulan ini semua Islam diwajibkan menjalankan ibadah puasa selama sebulan. Hukum puasa bulan Ramadhan adalah WAJIB dan berdosa besar jika meninggalkannya dengan sengaja.

Cara Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Harian dan Sebulan

Berikut dikongsikan cara lafaz niat puasa bulan Ramadhan secara harian dan sebulan seperti ditetapkan oleh syarak:

1. Lafaz Niat Puasa Harian di Bulan
    Ramadhan

Lafaznya : نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ
السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Bahasa Rumi : Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala

Maksud Niat : “Sahaja aku berpuasa esok hari bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala”.

2. Lafaz Niat Puasa Sebulan di Bulan
    Ramadhan

Lafaznya : ﻧَﻮَﻳْﺖُ ﺻَﻮْﻡَ ﺷَﻬْﺮِ ﺭَﻣَﻀَﺎﻥَ كُلِّهِ ﻟِﻠَّﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ

Bahasa Rumi : Nawaitu sauma syahri ramadana kullihi lillaahi ta’aalaa

Maksud Niat : “Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala”.

Artikel berkaitan:
👉 Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2018 Malaysia

Semoga perkongsian Cara Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Harian dan Sebulan ini memberi panduan dan rujukan untuk seluruh umat Islam!

No comments

Powered by Blogger.