Cara Permohonan Pas Sempadan 2020



Cara Permohonan Pas Sempadan 2020|ANDA berminat ke sempadan Thailand atau Indonesia? Bagaimana cara memohon pas sempadan Malaysia - Thailand dan Malaysia - Indonesia? Panduan buat anda yang ingin memohon pas sempadan (border pass) Thailand dan Indonesia. Berikut dikongsikan cara permohonan pas sempadan Malaysia - Thailand dan Malaysia - Indonesia buat panduan anda.

Cara Permohonan Pas Sempadan 2018

Dengan adanya pas sempadan antara Malaysia - Thailand dan Malaysia - Indonesia, ia memberi kemudahan orang ramai pergi melancong atau bercuti ke sana berdasarkan syarat yang telah ditetapkan.

Cara Permohonan Pas Sempadan 2020

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan tujuan, tempoh sahlaku, syarat am dan bayaran pas sempadan:

A. Pas Sempadan Malaysia - Thailand

1. Tujuan

Dokumen ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap Malaysia keturunan Thai yang menetap lebih tiga (3) tahun di Kelantan, Perlis, Kedah atau Perak.

2. Tempoh Sahlaku

Satu tahun tarikh dikeluarkan dan boleh digunakan bagi beberapa kali perjalanan. Tidak boleh dilanjutkan tempoh sahlakunya.

3. Syarat Am

a. Dua (2) keping gambar pemohon
    berukuran 3.5 sm x 5.0 sm
b. Maklumat kanak-kanak berusia di bawah
    15 tahun, namanya hendaklah
    dimasukkan ke dalam Pas Sempadan Ibu
    atau Bapa
c. Bukti menetap di negeri yang dinyatakan

i. Pemohon berumur 15 tahun ke atas

Syarat-Syarat:
a. Dua (2) keping gambar berukuran 3.5 sm
    x 5.0 sm
b. Kad Pengenalan [MyKad/Kad Pengenalan
    Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad
    Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau
    11)]
c. Kad Pengenalan Penduduk Tetap (hanya
    untuk Penduduk Tetap keturunan Thai
    sahaja)
d. Sijil Kelahiran bagi pemohon berumur 18
    tahun ke bawah

ii. Pemohon berumur di bawah 15 tahun

Syarat-Syarat:
a. Dua (2) keping gambar berukuran 3.5 sm
    x 5.0 sm
b. Sijil Kelahiran
c. Kad Pengenalan [Mykad/Kad Pengenalan
    Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad
    Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau
    11)]
d. Kad Pengenalan bapa / ibu / penjaga yang
    sah

iii. Jika pemohon diiringi oleh isteri

Syarat-Syarat:
a. Kad Pengenalan [Mykad/Kad Pengenalan
    Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad
    Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau
    11)]
b. Kad Pengenalan Isteri [Mykad/Kad
    Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan
    Polis atau Kad Pengenalan Sementara
    (JPN.KPPK 09 atau 11)]
c. Sijil lahir anak dan Kad Pengenalan anak
    jika berumur 15 tahun kebawah
d. Dua (2) keping gambar berukuran 3.2 sm
     x 5.0 sm setiap orang
e. Sijil Nikah/Sijil Perkahwinan

4. Bayaran

👉 RM 10.00

B. Pas Lintas Batas Malaysia - Indonesia

1. Tujuan

Dokumen ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang menetap melebihi tempoh enam (6) bulan di dalam Daerah Pentadbiran Pensiangan, Tenom, Sipitang dan Tawau dalam negeri Sabah dan Lundu, Bau, Kuching, Serian, Simanggang dan Lubok Antu dalam negeri Sarawak.

2. Tempoh Sahlaku

Satu (1) tahun dari tarikh dikeluarkan dan boleh digunakan bagi beberapa kali perjalanan. Kebenaran berada di Indonesia tidak melebihi 30 hari pada setiap kali masuk.

3. Syarat Am

a. Borang (Imm.42-pin 1/97)
b. Dua (2) keping gambar pemohon
    berukuran 3.5 sm x 5.0 sm
c. Kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun
    tidak boleh dikeluarkan dokumen
    berasingan

i. Pemohon berumur 12 tahun ke atas

Syarat-Syarat:
a. Dua (2) keping gambar berukuran 3.5 sm
    x 5.0 sm
b. Kad Pengenalan (Mykad/Kad Pengenalan
    Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11))
c. Sijil Kelahiran
d. Kad Pengenalan Bapa

ii. Berumur di bawah 12 tahun

Syarat-Syarat:
a. Dua (2) keping gambar berukuran 3.5 sm
    x 5.0 sm
b. Sijl Kelahiran
c. Kad Pengenalan Bapa

4. Bayaran

👉 RM 20.00

Kemudahan Pergerakan Bebas

Kemudahan Pergerakan Bebas Di Wang Kelian, Perlis Mulai 5 Disember 2008, Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk melaksanakan kemudahan pergerakan bebas (free flow) di Wang Kelian, Perlis - Wang Prachan, Satun Thailand.

1. Prosedur kemudahan keluar / masuk pergerakan bebas (free flow)

2. Warganegara Thailand dibenarkan masuk tanpa dokumen perjalanan melalui Pos Kawalan Imigresen Wang Kelian, Perlis untuk berkunjung ke Arked Pekan Sehari di Wang Kelian, Perlis sahaja.

3. Warganegara Malaysia dibenarkan keluar / masuk tanpa dokumen perjalanan melalui Pos Kawalan Imigresen Wang Kelian, Perlis untuk ke Pekan Sehari Wang Prachan, Satun Thailand sahaja. Walaubagaimanapun, warganegara Malaysia perlu mengemukakan Kad Pengenalan Malaysia (Mykad) sebagai dokumen pengenalan semasa melalui pemeriksaan imigresen Malaysia.

4. Had Pergerakan Bebas

5. Warganegara Malaysia dan Thailand hanya dibenarkan masuk / keluar tanpa dokumen perjalanan sehingga had pergerakan bebas yang dibenarkan sahaja iaitu:

6. Had pergerakan bebas bagi warganegara Thailand adalah sehingga Pos Kawalan Ke-dua Imigresen sahaja yang jaraknya satu (1) kilometer radius dari Pos Kawalan Utama Imigresen; dan

7. Had pergerakan bebas yang dibenarkan bagi warganegara Malaysia ialah sehingga Pasar Sehari Wang Prachan, Satun Thailand sahaja.

8. Waktu Masuk / Keluar Zon Pergerakan Bebas

9. Waktu yang dibenarkan masuk / keluar melalui kemudahan pergerakan bebas (free flow) di Wang Kelian bagi warganegara Malaysia dan Thailand adalah dari jam 8.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari.

10. Warganegara Malaysia dan Thailand yang menggunakan kemudahan pergerakan bebas (free flow) ini hendaklah keluar semula pada hari yang sama.

Semoga perkongsian Cara Permohonan Pas Sempadan 2020 ini boleh dijadikan panduan dan rujukan untuk anda semua!

Sumber: imi.gov.my

No comments

Powered by Blogger.