Permohonan Bantuan Kewangan Pendidikan Pulau Pinang 2020 Online



Permohonan Bantuan Kewangan Pendidikan Pulau Pinang 2020 Online|ADAKAH anda menerima tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda (Degree)? Berita baik buat warga Pulau Pinang yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) / IPTA. Untuk makluman anda, permohonan Bantuan Kewangan Pendidikan Pulau Pinang 2020 dijangka dibuka secara online pada bulan Jun 2020.

Permohonan Bantuan Kewangan Pendidikan Pulau Pinang 2018 Online

Sedia maklum, Bantuan Kewangan Pendidikan Pulau Pinang berperanan menampung kos pendaftaran masuk ke universiti awam dan politeknik di Malaysia. Bagi yang menuntut di Universiti Semenajung Malaysia akan menerima bantuan sebanyak RM 1,000, manakala penuntut di Universiti Sabah dan Sarawak menerima RM 1,200.

Permohonan Bantuan Kewangan Pendidikan Pulau Pinang 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan tarikh dan aplikasi permohonan serta syarat kelayakan:

Cara Permohonan Bantuan Kewangan Pendidikan Pulau Pinang

1. Pemohon perlu layari Aplikasi
    Permohonan melalui pautan seperti
    berikut:
KLIK 👉 http://ibita.penang.gov.my/login.php

2. Isikan maklumat borang permohonan
    dengan tepat dan lengkap.

3. Pemohon atau ibu atau bapa atau
    penjaga atau wakil boleh menghantar
    borang ke Pejabat Daerah dan Tanah
   (Bahagian Khidmat Pengurusan) yang
    berhampiran untuk memproses borang
    permohonan.

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Kewangan Pendidikan Pulau Pinang

Antara syarat kelayakan permohonan Bantuan Kewangan Pendidikan Pulau Pinang adalah seperti berikut:

1. Pendapatan isi rumah (gaji pokok
    termasuk elaun tetap) tidak melebihi
    RM8,000.00 ;
 
2. Ibu / Bapa / Penjaga (salah seorang) mesti
    merupakan pengundi berdaftar di Pulau
    Pinang ;

3. Pelajar yang ditawarkan ke Program
    Sepenuh Masa sahaja yang layak
    memohon.

4. Pelajar yang ditawarkan Program Luar
    Kampus, Program Pendidikan Jarak Jauh,
    Program Kejururawatan dan Program
    Asasi / Matrikulasi adalah tidak layak
    memohon ;

5. Senarai dokumen sokongan yang perlu
    dikemukakan bersama borang
    permohonan yang telah dicetak melalui
    portal iBITA:

◾Salinan surat tawaran ke IPT
◾Slip bayaran yuran pendaftaran IPT
◾Salinan Kad Pengenalan Pelajar
◾Salinan Kad Pengenalan Ibu, Bapa/Penjaga
◾Salinan Penyata Gaji terbaru/ Kad
     Persara/ borang pengesahan
     pendapatan. Ibu/ Bapa/Penjaga.
     Ibu/Bapa/ Penjaga yang tiada
     pendapatan tetap perlu membuat akuan
     di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. (Bagi
     pesara, penyata pencen wajib
     dikemukakan)

*Semua dokumen sokongan di atas perlu disahkan oleh Pegawai Daerah / Guru Besar Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan / Pensyarah / Profesor / Pendaftar Universiti / Jaksa Pendamai / Ahli Parlimen / Ahli Dewan Undangan Negeri / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan / Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Penghulu-Penghulu Kerajaan sahaja ;

6. Kegagalan menghantar dokumen
    sokongan sebelum tarikh tutup
    penghantaran borang akan ditolak;

7. Permohonan bantuan ini hanya
    diberikan sekali seumur hidup sama ada
    permohonan dibuat bagi Pengajian
    Peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana
    Muda sahaja.

8. Pemohon boleh terdiri daripada pelajar,
    ibu, bapa, penjaga.

9. Hanya 20 buah IPTA, 5 buah IPTS dan 36
    buah Politeknik Malaysia sahaja yang
    layak memohon.

Institusi Yang Layak Memohon

Antara institusi yang layak memohon Bantuan Kewangan Pendidikan Pulau Pinang:

1. TARC – Kolej Universiti Tunku Abdul
    Rahman
2. UM – Universiti Malaya
3. AIMST – Universiti AIMST
4. UIAM – Universiti Islam Antarabangsa
    Malaysia
5. UKM – Universiti Kebangsaan Malaysia
6. UMK – Universiti Malaysia Kelantan
7. UMP – Universiti Malaysia Pahang
8. UniMAP – Universiti Malaysia Perlis
9. UMS – Universiti Malaysia Sabah
10. UNIMAS – Universiti Malaysia Sarawak
11. UMT – Universiti Malaysia Terengganu
12. UPSI – Universiti Pendidikan Sultan
       Idris
13. UPNM – Universiti Pertahanan Nasional
      Malaysia
14. UPM – Universiti Putra Malaysia
15. USIM – Universiti Sains Islam Malaysia
16. USM – Universiti Sains Malaysia
17. UNISZA – Universiti Sultan Zainal
      Abidin
18. UTeM – Universiti Teknikal Malaysia
      Melaka
19. UTM – Universiti Teknologi Malaysia
20. UiTM – Universiti Teknologi MARA
21. UTHM – Universiti Tun Hussein Onn
       Malaysia
22. UTAR – Universiti Tunku Abdul Rahman
23. UUM – Universiti Utara Malaysia
24. WOU – Wawasan Open University

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

Bahagian Khidmat Pengurusan, Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang
1. Fazilah Binti Karim
No. Tel: 04-650 5125
Tingkat 25, Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang, KOMTAR
Emel: ibita@penang.gov.my

Selamat membuat permohonan Bantuan Kewangan Pendidikan Pulau Pinang tahun 2020 secara online!

No comments

Powered by Blogger.