Permohonan Biasiswa JPA Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis 2018

Permohonan Biasiswa JPA Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis 2018|ADAKAH anda berminat melanjutkan pengajian ke luar negara? Berita baik buat anda calon lepasan SPM yang mendapat keputusan cemerlang SPM dan berkelayakan. Untuk makluman anda, permohonan JPA Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis Tahun 2018 akan dibuka secara online pada 19 hingga 26 Mac 2018.

Permohonan Biasiswa JPA Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis 2018

Secara maklum, setiap tahun JPA menawarkan biasiswa melanjutkan pengajian ke 4 buah negara ini kepada calon lepasan SPM yang mendapat keputusan cemerlang dan berkelayakan. Program penajaan ini dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM tahun 2017 yang berminat dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T) dan sains sosial di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman.

Permohonan Biasiswa JPA Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis 2018 

Berikut dikongsikan maklumat penting yang merangkumi cara permohonan dan syarat kelayakan permohonan:

1. Permohonan Biasiswa JPA ini boleh dibuat secara online melalui pautan di http://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/index.php

2. Isikan maklumat borang permohonan dengan tepat dan lengkap. Hanya borang dengan maklumat yang lengkap sahaja akan diproses oleh sistem.

3. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program JKPJ Tahun 2018 sebagai bukti permohonan.

Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa JPA 

Antara syarat kelayakan permohonan Biasiswa JPA adalah:

1. Warganegara Malaysia;
2. Umur belum mencapai 18 tahun (19
    tahun bagi pelajar peralihan) pada tahun
    peperiksaan SPM diduduki;
3. Calon hendaklah mempunyai kesihatan
    yang baik dan tidak mengidap penyakit-
    penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS,
    HIV dan sebagainya;
4. Ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga
    tidak disenarai hitam oleh JPA atau
    sedang dalam tindakan undang-undang
    JPA; dan
5. Pemohon tidak menerima bantuan
    kewangan/ tajaan dari mana-mana
    agensi untuk peringkat pengajian yang
    sama.

Syarat Khusus

Berikut adalah syarat khusus merangkumi bidang, negara pengajian, syarat dan gred minimum:

Bidang / Negara Pengajian/ Syarat & Gred Minimum

1) Kejuruteraan

Jepun
Kod Program: JKPJ 001

Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam tujuh (7) mata pelajaran termasuk mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Bahasa Inggeris;
c) Matematik;
d) Matematik Tambahan;
e) Fizik;
f) Kimia; dan
g) Minimum Gred B dalam mana-mana mata pelajaran lain yang diambil dalam SPM.

2) Kejuruteraan

Korea
Kod Program: JKPJ 002

Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam tujuh (7) mata pelajaran termasuk mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Bahasa Inggeris;
c) Matematik;
d) Matematik Tambahan;
e) Fizik;
f) Kimia; dan
g) Minimum Gred B dalam mana-mana mata pelajaran lain yang diambil dalam SPM.

3) Sains dan Teknologi

Korea
Kod Program: JKPJ 003

Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam tujuh (7) mata pelajaran termasuk mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Bahasa Inggeris;
c) Matematik;
d) Matematik Tambahan;
e) Fizik;
f) Kimia; dan
g) Minimum Gred B dalam mana-mana mata pelajaran lain yang diambil dalam SPM.

4) Kejuruteraan

Perancis
Kod Program: JKPJ 004

Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam tujuh (7) mata pelajaran termasuk mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Bahasa Inggeris;
c) Matematik;
d) Matematik Tambahan;
e) Fizik;
f) Kimia; dan
g) Minimum Gred B dalam mana-mana mata pelajaran lain yang diambil dalam SPM.

5) Sains Sosial

Perancis
Kod Program: JKPJ 005

Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam tujuh (7) mata pelajaran termasuk mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Bahasa Inggeris;
c) Matematik;
d) Sejarah; dan
e) Minimum Gred B dalam mana-mana mata pelajaran lain yang diambil dalam SPM.

6) Kejuruteraan

Jerman
Kod Program: JKPJ 006

Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam tujuh (7) mata pelajaran termasuk mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Bahasa Inggeris;
c) Matematik;
d) Matematik Tambahan;
e) Fizik;
f) Kimia; dan
g) Minimum Gred B dalam mana-mana mata pelajaran lain yang diambil dalam SPM.

7) Sains dan Teknologi

Jerman
Kod Program: JKPJ 007

Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam tujuh (7) mata pelajaran termasuk mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Bahasa Inggeris;
c) Matematik;
d) Matematik Tambahan;
e) Fizik;
f) Kimia; dan
g) Minimum Gred B dalam mana-mana mata pelajaran lain yang diambil dalam SPM.

Selamat membuat permohonan Biasiswa JPA Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis Tahun 2018! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Biasiswa JPA!

No comments

Powered by Blogger.