Permohonan Biasiswa MyBrainSc 2018 Online

Permohonan Biasiswa MyBrainSc 2018 Online|BILAKAH tarikh permohonan biasiswa MyBrainSc 2018 dibuka? Adakah anda masih tercari tajaan untuk pembiayaan pengajian anda? Perhatian buat anda yang sedang atau ingin melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Kedoktoran. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa MyBrainSc 2018 boleh dibuat secara online mulai 2 Mac hingga 31 Mac 2018.

Permohonan Biasiswa MyBrainSc 2018 Online

Biasiswa MyBrainSc ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Ijazah Khas secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Universiti Awam (UA). Program ini bertujuan mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berjiwa besar dan berani menyahut cabaran menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate.

Permohonan Biasiswa MyBrainSc 2018 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan tarikh dan aplikasi permohonan serta syarat kelayakan:

◾ Tarikh Dibuka: 2 Mac 2018
◾ Tarikh Ditutup: 31 Mac 2018
◾ Aplikasi Permohonan:
KLIK: 👉 Biasiswa MyBrainSc

Cara Permohonan Biasiswa MyBrainSc 2018

1. Pemohon perlu layari Laman Web Rasmi
    KPT melalui pautan seperti berikut:
KLIK: 👉 Biasiswa MyBrainSc

2. Klik menu 'Log Masuk' di atas dan
    mendaftar sebagai pengguna.

3. Pemohon hendaklah memastikan
    rancangan penyelidikan (proposal) telah
   dipersetujui dan disahkan oleh penyelia
   bagi peringkat pengajian Sarjana dan
   PhD.

4. Semua dokumen sokongan yang
    disertakan perlu diimbas (scan) dari
    dokumen asal dan disimpan dalam
    format imej (JPEG) atau PDF dan perlu
    dimuatnaik (upload) dalam sistem
    permohonan atas talian ini.

5. Dokumen sokongan yang perlu
    dimuatnaik adalah seperti berikut:

i) Permohonan peringkat Ijazah Sarjana
   Muda
◾Kad Pengenalan Pemohon (depan dan
     belakang)
◾Gambar berukuran passport
◾Slip Keputusan SPM
◾Transkrip penuh Asasi / Matrikulasi /
     STPM / IB / A-level / Diploma / SAT
◾Surat Tawaran Universiti (jika ada)

ii) Permohonan Peringkat Master
◾Kad Pengenalan Pemohon (depan dan
     belakang)
◾Gambar berukuran passport
◾Slip Keputusan SPM
◾Transkrip penuh Ijazah Sarjana Muda
◾Rancangan penyelidikan
◾Surat Tawaran Universiti (jika ada)

iii) Permohonan Peringkat PhD
◾Kad Pengenalan Pemohon (depan dan
     belakang)
◾Gambar berukuran passport
◾Slip Keputusan SPM
◾Transkrip penuh Ijazah Sarjana Muda
◾Transkrip penuh Master
◾Rancangan penyelidikan
◾Surat Tawaran Universiti (jika ada)

Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa MyBrainSc

Antara syarat permohonan adalah berdasarkan 3 kategori seperti berikut:

1) Ph.D
◾Calon adalah warganegara Malaysia;
◾Berumur tidak melebihi 35 tahun pada
     tarikh memohon;
◾Calon telah mendapat keputusan
     cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana
     Muda dalam bidang sains tulen iaitu
     mendapat sekurang-kurangnya PNGK
     3.65 ke atas atau Kelas Pertama;
◾Calon tidak mempunyai sebarang ikatan
     kontrak dari mana-mana penaja semasa
     di peringkat pengajian terdahulu atau
     pihak penaja bersedia melepaskan
     ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa
     ini;
◾Calon yang sedang berkhidmat di mana-
     mana sektor awam atau swasta dan
     bersedia untuk melepaskan jawatan
     sekiranya di tawarkan biasiswa ini;
◾Calon yang sedang mengikuti pengajian
     di peringkat sarjana secara penyelidikan
     penuh akan diberi keutamaan; dan
◾Calon sedang mengikuti pengajian Ph.D
     atau telah mendapat tempat mengikuti
     pengajian dalam bidang sains tulen
     sama ada di dalam negara atau di
     universiti-universiti melalui portal
     permohonan.

2) Sarjana
◾Calon adalah warganegara Malaysia;
◾Berumur tidak melebihi 28 tahun pada
     tarikh memohon;
◾Calon telah mendapat keputusan
     cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana
     Muda dalam bidang sains tulen iaitu
     mendapat sekurang-kurangnya PNGK
     3.65 ke atas atau Kelas Pertama;
◾Calon tidak mempunyai sebarang ikatan
     kontrak dari mana-mana penaja semasa
     di peringkat pengajian terdahulu atau
     pihak penaja bersedia melepaskan
     ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa
     ini;
◾Calon yang sedang berkhidmat di mana-
     mana sektor awam atau swasta dan
     bersedia untuk melepaskan jawatan
     sekiranya di tawarkan biasiswa ini;
     Mod pengajian mestilah dalam mod
     penyelidikan dan sepenuh masa; dan
◾Calon sedang mengikuti pengajian di
     peringkat Sarjana atau telah mendapat
     tempat mengikuti pengajian dalam
     bidang sains tulen sama ada di dalam
     negara atau di universiti-universiti yang
     disenaraikan melalui portal
     permohonan.

3) Ijazah Pertama
◾Calon adalah warganegara Malaysia;
◾Umur tidak melebihi 21 tahun pada
     tarikh memohon;
◾Calon memperolehi sekurang-kurangnya
     PNGK 3.6 dan ke atas di peringkat Asasi
     Sains/Matrikulasi/STPM/Diploma, Skala
     1800/2400 untuk semua ujian dalam SAT,
     40/45 dalam IB dan 4A dalam A Level;
◾Pelajar-pelajar yang berada di semester
     akhir di semua IPT; dan
◾Pelajar belum lagi menerima menerima
     sebarang biasiswa / tajaan / ikatan
     perjanjian dari mana-mana penaja.

Bidang Pengajian

◾Fizik
◾Biologi
◾Kimia
◾Matematik

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan Biasiswa MyBrain15 2018 Online

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di Alamat:

Bahagian Biasiswa
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6 Presint 5
Kompleks Kerajaan Persekutuan
62200 PUTRAJAYA
(u.p: Unit SLAB/SLAI)
Telefon: 03 - 8888 1616 (Hotline Bahagian Biasiswa)
Email: mybrainsc@mohe.gov.my

Selamat membuat permohonan Biasiswa MyBrainSc 2018 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran!

1 comment:

  1. Ehh, dah ada. Terima kasih tuan. Baru tahu MyBrain dah buka. Nak apply laa.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.